Tuesday, 19 March 2013

AKAN ADA TEMAN PENGGANTIKAH?


assalamualaikum..fuyoo sudah lama tak kemaskini blog..haha! Entah-entah dah tak ada sesiapa yang follow blog yaya ni..haha!! Tak apalah, tak kisah pun. Yang penting, yaya teringin nak kongsi satu lagu ni. Lagu Teman Pengganti nyanyian Black ft. Malique. rasa-rasanya semua orang tahu lagu ni kerana lagu ni agak kerap keluar di corong-corong radio. Apa yang istimewa entang lagu ni, rasanya tak ada apa-apa. Cuma lagu tersebut membuatka saya terdiam sejenak. Cuba hayati lagu ini, fahami setiap liriknya dan lihat sendiri klip video tersebut.


liriknya: 


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama


Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka


Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah


*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami


Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


Ulang *


Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri


Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

apabila lagu ini dihayati, yaya tertanya-tanya, kenapa lelaki (watak yang Black lakonkan dalam klip video itu) sanggup tinggalkan wanita yang dicintainya hanya kerana satu penyakit? Lagu ini mengingatkan yaya kepada kisah hidup yaya sendiri, yang mana yaya telah bersahabat dengan seorang hamba Allah yang sihat wal'afiat dari luaran. Sahabat yaya kuat bersukan, bergurau apatah lagi. Namun, satu masa telah membuatkan yaya hampir menangis tatkala dia mula membongkar rahsia tentang penyakitnya. Penyakit yang takkan ada penawar, takkan ada yang ambil berat. Boleh dikatakan dia akan mati pada bila-bila masa sahaja seandainya rawatan tidak dilakukan dengan segera. Yaya terdiam dan mula menyedari bahawa sahabat yaya itu sudah mula menjauhkan diri dia daripada yaya. Adakah dia pun akan mengikut jejak langkah seperti Black dalam klip video itu?

Sejujurnya, yaya tak mahu sahabat yaya sendiri meninggalkan yaya kerana penyakitnya. Yaya berharap agar dia kekal menjadi sahabat yaya.
:'(

**setiap penyakit itu penghapus dosa. Jangan kesali pemberian Allah, sebaliknya terima dengan hati yang tabah. Jangan merungut kerana mendapat penyakit itu. Hadapi dengan penuh kesabaran.

1 comment:

  1. Welcome back yaya. apa pula x follow, kita tgu crtoon bru tau..smlm ke 2 hari lepas ada entrx xjd kan? Hahaha
    Ok, harga kek dan gmbr bgantung pd saiz, jenis kek, topping, hiasan..
    Bole email akak ozzyorange9768@yahoo.com or pm kat fb je ya

    ReplyDelete