Saturday, 20 October 2012

TAKLIMAT SENI VISUAL STPM

assalamualaikum..hari khamis lalu (19/10/2012), geng2 seni SMK(P)SAB kena pergi kat SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1 (SARS1) untuk menengar sesi taklimat tentang teori seni visual STPM..awal2 lagi kami dah kena pergi ke sana..kami bertolak dalam pukul 7.20 pagi..itupun terlambat kerana masing2 tengah sibuk ucapkan 'GOOD LUCK' kat geng2 6BS & 6B1 sebab mereka semua kena menghadapi MUET hari itu juga..



hanya 7 orang aje yang ke sana..saya, epid, izza, ilya, tasya, pika khudhairi dan pika abubakar sebab yang lain2 kena ujian MUET..kami pergi ke sana dengan menaiki van sekolah..cikgu hashim pun teman sekali...dalam van itu, kami kecoh betul..haha!!! lagi2 bila suruh pak cik van potong jalan semua kenderaan..haha!!! lawak aje..



pak cik bawa van memang LAJU..entah berapa kali entah saya menjerit2 sebab takut bila pak cik acah2 tekan pedal minyak...eeii!!!!



sampai aje kat SARS1, memang dewan penuh dengan pelajar2 sekolah lain..penceramah tu best! beliau juga penulis buku rujukan yang kami kaji sekarang..memang tak rugi sebab beliau kongsi pengalaman tentang jawapan pelajar2 dalam menjawab soalan STPM..semua concentrate dengar beliau berceramah, tapi saya....................=3=
**kalau kawan2 rapat saya, mereka tahu tabiat saya jika saya bosan..xD



lepas conteng2, ilya nak tengok buku lukisan saya tu..jadi saya pun berilah..tak sangka buku saya tu pas2 sampai ke tangan pelajar sekolah lain...eeii!! malu tau tak!!


my precious drawing book~~~


taklimat tu berhenti pukul 11 pagi sebab waktu makan~!! lepas tu sambung balik taklimat tu..taklimat tu sepatutnya habis pukul 1..tapi encik azmi tu buatkan kitorang mula bengang bila dia tak habis2 tunjukkan slide show tanpa henti...dan masing2 (mengikut pemerhatian saya) semuanya buat muka macam ni...ghaahahahaha!!!



dalam pukul 2, barulah taklimat tu habis..GggRrrRR!!! geram betullah!! kelam kabut kami balik sebab masing2 berkejar dengan masa..ada yang nak kerja, ada yang takut tertinggal bas, ada yang tak pasti nak balik naik apa..masing2 paksa pak cik van pandu laju..haha!



=3= disebabkan waktu terlebih tu, saya lambat berjumpa dengan kawan..nasib baiklah dia tak marah saya masa tu..pheww!!


**tak salah menyebarkan ilmu asalkan janganlah melanggar masa yang telah ditetapkan..memanglah akan memberi manfaat untuk semua, tetapi cara itu juga akan menyusahkan rutin harian mereka nanti..jadi berwaspadalah ketika memberi taklimat dan jangan melanggar hak masa orang lain..renung2kan..
:)









ada sebab saya beri nota ini kepada kalian..sila fahamkan dan fikir, kenapa GURU dipandang tinggi oleh Rasulullah sendiri...cuba fikir, kenapa kita sebagai PELAJAR atau BEKAS PELAJAR perlu mengikut arahan dan mengenang jasa guru...
:)
semoga bermanfaat...sekian





Sunday, 14 October 2012

DIA SEPUPU DIA SAHABAT...

terpulang kepada anda sama ada anggap cerita ini benar atau rekaan kerana saya hanya ingin jelaskan sesuatu...


dia bukanlah adik-beradikku..kami merupakan sepupu..tapi sudah rasa seperti adik-beradik kandung..kami sentiasa bersama sejak kecil lagi..jarak antara umurku dengan dia ialah 8 tahun..jauh kan? patutnya layak dipanggil abang, tapi aku tidak memanggilnya begitu.. kami sekadar memanggil nama panggilan..nama panggilanku "pendek" manakala nama panggilannya "galah"..haha!! dia suka buli saya..setiap hari juga saya mesti kalah dengan pembulian dia..=3= sabo jela...




sampailah di suatu hari, saya dapat tahu yang dia mengidapi penyakit kanser tahap ke-3...kami semua langsung tak tahu dia sakit, mak dia pun tak tahu juga..bijak betul dia sembunyikan sakitnya dengan keceriaan dia, kan? meskipun hati pedih dengan sikap perahsia dia, tapi saya masih tetap menjaganya.



dia memang jenis yang susah nak makan ubat, apatah lagi nak mengalas perut..mungkin kesan daripada kimoterapi dan ubat menyebabkan dia hilang selera makan..tapi saya masih jua memaksa dia makan meskipun dia sering menghamburkan kata-kata kesat..=3=



lupa pula nak beritahu..dia seorang guru BM..guru yang sangat garang..kimoterapi menyebabkan dia terpaksa tinggal di hospital selama berbulan-bulan (budak2 dia mesti bertepuk tangan punya)..apa yang membuatkan saya rasa terharu bila dia..................








dia sakit...sakit yang saya sendiri tak pasti bagaimanakah rasanya..tapi dengan kudrat yang masih ada, dia tetap menanda buku anak2 muridnya...sangat terharu!! dalam keadaan masih sakit, dia still fikirkan anak2 muridnya..sememangnya dia sepupu yang baik...sepanjang dia menghidap kanser, emosi dia sering terganggu..




dia makin kerap marah2 dan kadang2 suka menyendiri...saya pula jenis yang risau tahap melampau..jadi saya tak henti2 ikut dia ke sana ke mari sebab risau kalau2 sakit dia datang secara tiba2..banyak kali dia marah dan hampir naik tangan kepada saya, tapi saya masih setia ikut dia...saya juga terpaksa jaga 'pantang' pemakanan dia sebab dia suka betul melanggar pantang..kerap kali juga dia pengsan juzt sebab makan makanan pantang..bila difikirkan balik, susah juga jaga orang sakit ni, kan?




dia seorang sepupu yang sangat perahsia..dia sanggup simpan sampai diri sendiri derita semata2 tak nak orang lain risau..disebabkan itu, saya sering berasa curiga bila ditanya dia sakit tak, dia akan jawab "ok"..sangat2 curiga...saya tahu dia menipu kerana tak mahu saya terlebih risau..




setahun dia menderita kanser...tak pastilah kenapa masih jua tak sembuh..hari berganti hari, bulan berganti bulan...tak sedarpun aidilfitri hampir menjelang...dua minggu sebelum hari raya, tiba2 aje dia minta sesuatu yang pelik...



saya sekadar mengikut sahaja kehendak dia...namun, seminggu sebelum raya itu pula, saya dapat berita yang kurang menyenangkan...




bergegas saya ke sana dengan kakak..dia memang koma dan sangat tenat..kata ibunya, dia tiba2 pengsan setelah muntah darah ketika sedang mengajar anak muridnya..saya menunggu dia sedar..dari petang hinggalah malam..belum sempat melangkah ke luar bilik wad, tiba2 saja dia tunjukkan reaksi...





kuat betul rentapan tangannya, membuatkan saya sukar untuk bergerak..dan bermula saat itu, saya menyaksikan sendiri dia menghembuskan nafask=nya yang terakhir...dia 'pergi' dan masih jua memegang tangan saya..sakit...sangat sakit dia genggam tangan ni..seolah2 menunjukkan yang dia terangat sakit menghadapi kematian...

:'(
dah 3 bulan berlalu...saya rindu saat2 menjaga dia..saya rindu memberi dia makan ubat..saya rindu saat2 dia buli saya, panggil saya "pendek2"...hahha!! rindu sangat2..bila difikirkan balik, biarlah dia berehat di sana...saya merelakan dia pergi daripada melihat dia menderita..

saya redha.....

**pengalaman menjaga orang sakit amat mencabar..melibatkan emosi, hati, perasaan dan kecekalan hati...jika sudah ada satu pengalaman itu, senang untuk kita teruskan kehidupan..rnung2kan..






Saturday, 13 October 2012

CANTIK TAPI...

















=oo=''
terkejut aku sampai melatah2..

**jika rupa paras cantik/kacak sekalipun, tetap akan nampak HODOH jika sikap kita tak mempamerkan sikap yang baik...





Saturday, 6 October 2012

SAKSI KEMALANGAN (part 1)

sewaktu saya dalam Darjah 6, memang terkenal dengan sikap panas baran (tapi tak pernah tunjuk selalu)..jadi tak ramai orang yang nak berkawan dengan saya..huwaa!! agak terserlah panas baran tu bila seorang kawan sekelas saya suka ganggu saya. setiap kali tengah baca buku, ada aje usikan dia..geram betul! dah maki2 pun masih tetap nak kacau..(errkk..lupa pula nama dia siapa)..




kawan saya tu memang seorang yang happy go lucky..perangai pun gila2 semacam..dia suka buli rakan sekelas yang kurang berkawan macam saya. saban hari dia minta 50 sen kat saya semata-mata beli snek kat kantin dan kedai di seberang sekolah SKBBL..disebabkan tak nak dia kacau, saya dengan murah hatinya berilah duit 50 sen tu..takpe..ada lagi balance 50 sen untuk tambang bas..(^_^)




satu hari tu, tak tahulah kenapa..dia minta 50 sen dua kali sebab nak beli sesuatu kat kedai di seberang jalan..pagi dan tengah hari..dan saya sekadar memberi sahaja sampai tak sedar yang duit tambang bas takde..tak tahulah..terasa pelik pula bila dia minta duit dua kali..haha!!
errk? tu pun pelik ke? **blurr




kebtulan pula di jalan raya tu tak banyak kenderaan..jadi senang budak2 sebaya saya ketika itu nak lintas jalan..tapi, air yang tenang jangan disangka takde buaya..masa kawan saya nak lintas tu, ada satu kereta meluncur laju dan terlanggar dia..




>,<'' saya tak dapat berkata2..hanya mampu melihat dia terbaring kat atas jalan..semua kawan sekelas kitorang menjerit2 panggil nama dia...saya dah terfikir bukan2 andai dia sudah...............warghh!!! tiga bulan juga dia terlantar di hospital..pada mulanya, dia dalam keadaan kritikal..tapi lama-kelamaan dia beransur stabil. sepanjang dia berada di hospital, tak seminit pun saya ziarah dia. bila dia dah masuk ke sekolah, saya menangis sebab takut kalau2 dia dah mati..haha!!




saya tak tahulah sekarang dia berada di mana..harap2 dia sihat dan dah ada girlfriend..ghahaha!!!

**kawan tidak semestinya merupakan seseorang yang rapat dengan kita, tetapi kawan ialah seseorang yang telah mengisi sekelumit kekosongan dalam jiwa. biarpun dia membuli mahupun mengherdik, dia sebenarnya adalah kawan kita. kenapa? kerana dia tidak membiarkan kita berseorangan meskipun dengan cara itu salah..renung2kan..
(^_^)v




Friday, 5 October 2012

KISAH UJIAN SENI VISUAL

saya tak berapa ingat ketika ini saya tingkatan berapa...apa yang pasti, hal ni berlaku sebelum peperiksaan besar PMR bermula..haha!! tiga hari sebelum ujian seni berlangsung, seperti biasa soalan kertas 2 akan diedarkan. ketika itu bagi saya, soalan semuanya susah2! sukar untuk saya buat pilihan..jadi saya betekad memilih soalan nombor 3, iaitu lukisan sepasang kekasih yang sedang berjalan-jalan di taman.
=,=''
pelik kan soalannya?




3 hari kemudian, bersungguh2 saya melukis sepasang kekasih tu..lawa betul saya lukis..haha!! puji diri sendiri pula..xD




oleh kerana terlalu excited nak habis cepat, masa yang diberikan 3 jam itu saya dah siapkan dengan ambil masa 2 jam sahaja..cepat kan?? xD




tapi..malang tak berbau...saya tersepak meja saya dan kemudian.....




(T^T) air dalam cawan (yang dah tersedia hitam warnanya) tertumpah kat atas lukisan saya..warghh!! habis basah lencun dan yang lebih teruk lagi bila lukisan tu BERUBAH JADI LUKISAN BERWARNA HITAM...huwaa!! penat aje warnakan dengan warna-warni..saya tak nak lukis macam mana keadaan lukisan tu! disebabkan kertas lukisan tak cukup, terpaksalah saya hantar lukisan hitam tu kat cikgu...




takpelah..redha aje..tapi apa yang tak menaham bila saya dan cikgu berdialog begini:

CIKGU: dayah..ni lukisan apa awak lukis ni?
YAYAH: errkk...ni soalan nombor 3..yang sepasang kekasih tu cikgu...
CIKGU: (belum sempat nak terangkan, cikgu menyampuk) sepasang kekasih? kamu lukis Kekasih Gelapku ke apa ni?
YAYAH: o,O" blurr...

huwaa!!!
Kekasih Gelapku yang cikgu maksudkan tu ialah tajuk lagu yang ketika itu agak popular. lagu ini:



\(T^T)/
sabar jelah...

**selalunya, kerja kita akan menjadi BALA sekiranya kita melakukannya dengan rasa BONGKAK, TAKBUR dan BERMEGAH-MEGAH..jadi lakukan sesuatu kerja dengan berhemah..^^