Sunday, 26 August 2012

NOSTALGIA RAYA (part 1)

assalamualaikum...haiii, maaflah. sibuk dengan raya sampai terlupa nak buat entry baru. ni pun baru lepas ulangkaji pelajaran..hehe.. sebut tentang raya dulu, saya teringat kisah beraya saya ketika zaman kecil..



saya pernah minta sesuatu yang pelik dan tak pernah orang minta..


mula2 mak pelik juga kenapa saya minta balang kuih sebelum pergi beraya rumah orang..tapi mak tetap bagi kat saya tanpa banyak soal..jadi, macam biasalah sampai aje kat rumah orang, tuan rumahnya mestilah nak layan tetamu..ye dak? xD


bila tuan rumah sibuk kat dapur, operasi saya pun bermula...ngeh3..



haha!! songlap biskut raya orang...pelik kan? patutnya nak beraya, perkara utama ialah duit raya...tapi saya utamakan biskut raya dulu, baru duit raya..haha! agak banyak juga saya rembat biskut raya setiap rumah..bila dah rasa puas hati dan balang pun dah penuh, saya pun balik rumah..mak cuma mendiamkan diri tengok perangai saya..haha!!



**aidilfitri tidak seharusnya disambut dalam tangisan kesedihan. sebaliknya sambutlah bulan kesyukuran itu dengan senyuman kegembiraan. ketepikan segala dugaan yang mengasak perasaan. berilah peluang buat kita bergembira di hari aidilfitri ini..^^





:'(
touching baca salah satu cerita dalam blog kawan2 yayah..

Saturday, 18 August 2012

TANGISAN 22 RAMADHAN..

kematian...ia akan berlaku pada setiap manusia yang hidup. ia hadir tanpa disangka. ia muncul tanpa diduga. adakah kita bersedia??

kita berkenalan melalui suatu kesilapan biasa bagi semua orang...




kelakar bagi saya apabila ada nombor sesat yang secara tiba-tiba sahaja menghantar mesej  pelik di saat saya sedang mengulang kaji pelajaran. saya seperti biasa menerangkan bahawa dia tersalah nombor. namun, perkara lain pula terjadi...


jenuh juga saya cuba percayakan dia bahawa saya bukanlah 'abang' dia. setelah beberapa minit saling SMS, barulah dia mengakui akan kesilapannya..bermula itu, kita mula berkenalan..




nama dia Shuhaimi, sama dengan nama cikgu. jadi, saya sengaja panggil dia dengan nickname cikgu saya, iaitu Soh. dia malu-malu dan dari situ kami bergurau senda. tak tahulah kenapa, tapi saya rasa senang berSMS dengan dia walaupun kami baru sahaja berkenalan. dari saat itu, dia meminta sesuatu yang aku sendiri mahu..


hubungan kami berstatus abang angkat- adik angkat. tak lebih daripada itu. saya suka bergurau dengan dia. cerita kepadanya apa yang berlaku di sekolah. dan saya juga ada meluahkan masalah saya kepada dia. dengan tenang dia membalas SMS saya yang tertulis, "Sabar, yaya. emy sentiasa doakan yaya berjaya dalam hidup nanti. jangan menangis ya. emy tak suka tengok yaya sedih2 camni"


seminggu berkenalan, saya senang dengan dia. dia seperti seorang lelaki yang agak pemalu dan kurang bersosial dengan internet. dia sememangnya seorang abang yang baik. sampailah suatu hari, saya hampir bertengkar dengan dia kerana dia beri topup RM3 kepada saya. saya bukan seperti orang lain, meminta topup orang. jadi, saya rasa segan jika ada yang memberi topup percuma kepada saya. disebabkan itu, agak lama juga saya dan dia berbahas hanya kerana topup RM3.


sebulan berkenalan, dia berhasrat ingin bertemu saya di bus stop SMK (P) SAB pada hari rabu. dia memberi klu bahawa dia menaiki motor berwarna biru dengan no. plat JXXXXX5. saya memang mahu bertemu dengan dia. namun, ketika itu ada hal berkenaan MPPU. saya tak tahu sama ada dia masih menunggu saya di sana atau tak.


sejak itu, saya dan dia kurang berSMS. bermula itu juga, saya mengalami satu perasaan aneh, mengapakah saya berasa sunyi bila tidak SMS dengan dia? mengapakah saya menunggu SMS dia? ternyata saya sudah suka pada dia dalam diam, tetapi saya sekadar memendam rasa kerana takut syok sendiri.

8 ogos, saya cuba SMS dia..tetapi dia tidak membalas..saya tak berfikir negatif terhadap dia. barangkali dia sedang sibuk bekerja..barangkali.....


sebaik sahaja SMS dia, saya mengalami mimpi yang aneh. saya bermimpi semua gigi saya tercabut dengan sendirinya. pada mulanya, saya tidak mengesyaki maksud tersirat mimpi itu sehinggalah keesokan harinya, kawan cuba menerangkan bahawa ia membawa maksud...............



adakah petanda itu benar belaka? siapakah yang akan meninggal dunia? saya tidak pasti. malamnya, saya mendapat SMS daripada dia. hati saya sangat gembira kerana akhirnya dia membalas SMS saya.





tetapi, isi kandungan SMS itu benar-benar mengejutkan saya..dia kemalangan dan keadaannya amat parah. sekarang, dia koma di hospital JB. YA ALLAH, adakah aku sedang bermimpi? saya mula berasa resah tatkala abang dia memberi info yang agak menakutkan saya.




saya tak mampu melakukan apa-apa selain daripada terus berdoa. dari situ, saya mula menyedari bahawa saya sudah menganggap dia lebih daripada abang angkat. tapi kenapa baru sekarang saya baru sedar? adakah saya sempat menyatakan perasaan saya kepada dia?

11 ogos..abang dia SMS saya lagi. kali ini SMS nya benar-benar menyentap hati. mahu sahaja saya menangis saat itu juga, tetapi saya masih lagi bertahan..


saya tak tahu sama ada ini masanya untuk saya meluahkan cinta saya atau tidak. jadi, saya SMS ini dan abang dia membisikkannya di telinga dia.

"Emy, ingat lagi tak masa kita pertama kali berkenalan? masa tu kelakar sangat sebab Emy salah hantar mesej. sejak tu, yaya senang kawan dengan Emy. jujur yaya cakap yang yaya sebenarnya tak ramai kawan lelaki. Emy la lelaki pertama yang berani jadi  abang angkat yaya. ramai orang jauhkan yaya sebab anggap yaya ni pelik, tapi emy tak macam diorang. emy lebih anggap yaya ni adik baik. emy dah janji kan, yang kita nak jumpa kat bus stop? kuatkan semangat emy supaya kita terus berhubung. yaya janji dengan emy yang yaya aan berusaha untuk berjaya dalam pelajaran. yaya janji akan dapatkan keputusan terbaik dalam STPM. tapi emy kena janji dengan yaya, janji jangan tinggalkan yaya. jangan tinggalkan kawan dan keluarga. yaya sengaja happy2 kan diri sebab tak nak emy rasa bersalah kalau yaya murung sebabkan emy. yaya masih belum mengalirkan air mata sebab yaya yakin emy akan sembuh. walau apapun terjadi, yaya tunggu emy. bertahanlah.."

usai sahaja dibacakan ke telinga, dia tidak memberi apa2 respon. beberapa minit kemudian, abang dia berkata bahawa dia sudah menunjukkan reaksi. dia mula menggerakkan jari dan bercakap sesuatu. saya berasa sangat bersyukur walaupun tidak berada di sisi dia. namun, semua itu sementara..dia semakin nazak dan sempat berkata jangan bersedih jika dia sudah tiada. pukul 10.27 malam, dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. saya bagaikan tidak percaya...



12 ogos..dia telah selamat dikebumikan di Pontian. setelah semuanya selesai, abang dia menerangkan sesuatu yang saya sendiri berasa sangat menyesal. sehingga sekarang, saya masih menyimpan mesej2 abang dia yang tertulis:

"arwah bagitahu dia suka pada yaya walaupun tak nampak (jumpa) yaya lagi. arwah kata dia pernah tunggu yaya kat bus stop sampai pukul 2.30. hari apa dia tak bagitahu pada saya. dia cuba nak mngurat yaya, tapi dia tak pandai mengurat. dia malu takut2 yaya marah dan tak terima arwah. arwah ada bagitahu dia rasa amat bertuah andai dapat memiliki yya. arwah dapat rasakan yaya yang terbaik bagi diri dia tapi sayang, semuanya terlambat"

"arwah sengaja kurang SMS dengan yaya sebab dia takut dia jatuh cinta dengan yaya. dia jugak ada cakap yang dia teringin nak tengok yaya hidup bahagia dan berjaya dalam pelajaran. dia ada cakap dia sanggup bertukar nyawa untuk lihat yaya berjaya. lepas habis cakap, dia terdiam dan tersenyum. masa tu, saya lihat wajah dia sangat tenang.."

"arwah simpan lagu kristal-luahan hati dalam phone dia. saya dapat agak kamu berdua belum berjumpa lagi. dia memang seorang pemalu. sebab tu sampai sekarang dia solo. dia suka simpan perasaan dia. dia taknak orang rasa bersalah kalau dia luahkan perasaan. jadi saya dapat agak lagu ini dia tujukan kepada yaya"


saya cuba mendengar lagu yang dia simpan di dalam phone adakah ia ditujukan kepada saya? apa2pun, saya menangis tatkala mendengar lagu ini. ia menggambarkan seolah-olah dia cuba meluahkan perasaan dia kepada saya. YA ALLAH, kesalnya aku. seandainya aku dari awal lagi mengungkapkan cinta kepada emy, tentu semuanya takkan terjadi. aku menyesal....

sampai sekarang, saya masih belum tahu rupa parasnya..sampai sekarang, saya masih terngiang-ngiang akan janjinya dahulu, iaitu "emy akan beri hadiah hari jadi buat yaya tahun hadapan nanti"..tak sangka dengan berkenalan selama 3 bulan, semua ini berakhir dengan tangisan di bulan ramadhan..emy, yaya sunyi bila emy tak ada...

**hargai orang di sekeliling kita sebelum segala-galanya terlambat. luahkan sahaja apa yang tersimpan di dalam hati. jangan terlalu memendam perasaan. sampai bilakah kita akan terus-terusan memendam perasaan? jangan mensia-siakan waktu yang ada...


al-fatihah buat Shuhaimi bin Bahrum...
yaya sentiasa mengingati emy....
(T_T)


saya akan cuba tabahkan hati apabila syawal menjelma ini..