Tuesday, 29 May 2012

"MAK, NENEK ITU APA?"

Pada tahun 2001, di kelas darjah 1 Maju...










Beberapa minit selepas tiba di rumah,....






ketika saya darjah 1, saya tak tahu langsung apa itu "nenek" sebab sejak dilahirkan lagi, saya tak sempat merasai belaian seorang nenek..haha!!


**kita kena perkenalkan anak2 dengan semua keluarga termasuklah saudara yang telah meninggal dunia. kalau tak, macam inilah jadinya..











saya ambil masa 4 hari untuk menghabiskan pembacaan buku agama ni. Bebas Dari Belenggu, tajuknya kalau sekali imbas memang nampak tak menarik, tapi bila mendalami tulisan karya Dr, Azhar Hj, Sarip, dakwah yang beliau sampaikan sedikit sebanyak memberi ilmu agama kepada saya. Dalam 61 kupasan cerita, bab berkenaan doa agak menarik tumpuan saya..

Dr. Azhar mengatakan bahawa doa akan mudah termakbul jika kita berdoa secara tertib sama seperti Rasulullah SAW. Ia perlu dimulakan dengan pujian kepada ALLAH, diikuti dengan Asma'ul Husna, memuji kebesaran ALLAH dan kemudian barulah doa yang kita mahu pohonkan. Ketertiban doa seperti ini sama seperti surah Al-Fatihah (sila rujuk dan bandingkan doa-doa yang selalu kita pohonkan selepas solat).

Tak semestinya berdoa secara tertib macam tu, doa akan terus termakbul. Jadi, kita perlu menanamkan rasa keyakinan diri kepada ALLAH dan meyakini bahawa ALLAH-lah Maha Pencipta teragung di alam semesta. Berbekalkan ketertiban doa dan keyakinan terhadap Maha Pencipta, insyaALLAH doa mudah termakbul.

okey, itu saja saya nak kongsikan. kalau nak tahu lagi, cubalah beli buku ni. saya jamin korang takkan rasa rugi..
(^__^)V


Friday, 25 May 2012

AKTIVITI LEPAS TRIAL SPM~

assalamualaikum..aha..terasa nak cerita tentang peperiksaan Percubaan SPM 2011 pula tiba2, hahax! masa ni, kitorang (pelajar aliran sains) dah habis peperiksaan. bila dah habis aje, mulalah aksi jerit-menjerit (padahal trial aje, belum peperiksaan sebenar lagi..hahax!).. pelajar aliran sastera cemburu aje tengok kitorang..hahax!





dewan peperiksaan kitorang kat blok D. pelajar aliran sains semua duduk kat dewan peperiksaan manakala pelajar aliran sastera pula duduk kat tingkat atas blok D. asalnya, tempat kitorang tu budak form 3 yang duduk. bila kitorang dah habis periksa, budak form 3 akan duduk kat kelas atas diorang esoknya. pelajar aliran sastera pula akan ambil peperiksaan kat tempat kitorang (dewan peperiksaan). errr..korang boleh bayangkan, kan?
jadi, di situlah saya mula berfikir.........................






saya conteng hampir 90% ruang papan putih dan berhasrat agar budak form 3 penat nak padam esok..hahax!! kejam kan dapat kakak senior macam saya ni..hahax! dan keesokan harinya............






adehh....segannya!


**jangan terlalu suka mendengki orang lain..nanti lama kelamaan kita sendiri akan terkena batang hidung sendiri..umpama meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri...><"







saya rasa betul2 terharu bila ada satu blog itu amat kagum dengan cerita2 dalam blog saya..kepada pemilik blog, yayah ucapkan bebanyak terina kasih!! yayah hargai anda~~


kalau nak tahu blog tu tulis apa,

Monday, 21 May 2012

PANJAT PAGAR SEKOLAH~

assalamualaikum..kejap ye, sebelum tu boleh tak doakan saya kejap? doakan supaya test JPJ saya (27/5) okey nanti..hehe! takut bab titi, tapi demi lesen, kena harungilah juga..huk3. entry hari ni tiba2 terasa nak cerita tentang zaman saya sekolah rendah dulu. jangan tak percaya yang dulu saya pernah panjat pagar sekolah setiap kali waktu rehat..hahax! tak ingat pula masa tu darjah berapa, tapi memang kerap panjat pagar tanpa pengetahuna cikgu. nakal kan? XP



panjat pagar pun bukan sebab apa sebenarnya, cuma nak beli ais krim aje..hahax! padahal kantin sekolah banyak sediakan makanan sedap2..tak tahulah kenapa masa tu saya lebih suka beli ais krim kat seorang abang tu (erkk..bukan sebab saya suka dia, okey)...time tu, saya lebih suka makan ais krim Paddle Pop. bila nak beli aje, saya nyanyi lagu tema Paddle Pop tu depan abang tu..haha! lawak2..dan abang tu sampai sekarang tak tahu macam mana saya boleh terkeluar dari kawasan sekolah..hahax!!!



entah macam mana satu hari tu, 'hobi' panjat pagar ni terkantoi..selalunya, pengawas tak pernah periksa kawasan pagar tu, tapi masa saya masuk balik ke kawasan sekolah............




dan di saat tu pula, saya dan dua pengawas tu saling berkejaran. saya tak ingat ke mana saya nyorok tapi yang pasti, setiap kali saya bersembunyi, ada aje dua pengawas tu..hahax!! (memang pengawas yang berkaliber..XXD)..tapi yang peliknya, pengawas tu langsung tak perasan saya..kira handal juga saya ni nyorok..hahax! (masuk bakul, angkat sendiri..XP)






pusing punya pusing punya pusing, tak sedar waktu rehat dah habis. dan kebetulan pula saya berlari betul2 berdekatan dengan blok kelas saya, jadi saya berlagak macam biasa, pura2 baru nak masuk kelas. dari jauh, saya nampak dua pengawas tu kena marah dengan guru besar sebab guru besar tu ingat pengawas tu cuba2 nak ponteng kelas..hahax!! padan muka..dan sampai sekarang semua orang tak tahu saya selalu panjat pagar sekolah. sejak tu, dah tak buat aktiviti 'sihat' tu dah sebab takut terkantoi lagi..
>,<''

maaf, tulisan buruk..dakwat dah habis..X(




**kadang-kadang, kenangan semasa zaman persekolahan dulu memberi kesedaran kepada kita supaya sentiasa menjaga disiplin tanpa mengira tempat agar diri tak dicop sebagai manusia bermasalah..
^_^







baca dari bawah ke atas...


maaflah kalau saya cakap ni mengguris hati ke apa..tapi tolonglah jangan tulis pasal pakwe/makwe/apa2 aje yang berkenaan dengan percintaan. MAAF, SAYA TAK MENGAMALKAN BUDAYA BER'COUPLE'..sekiranya anda (ery putra) nak saya buat entry pasal pakwe2 ni, sila pergi ke blog orang lain..saya tak ada pakwe dan tak akan amalkan budaya couple2 ni.

suka hati koranglah nak cakap saya ni pelik ke apa sebab tak ada pakwe, cuma saya rasa hidup saya dah sempurna bila saya dekatkan diri dengan ALLAH & RASULULLAH saja..

sedia maklum..terima kasih....
(ni bukan nak malukan ery, cuma sekadar beritahu. jangan kerana saya yg suka update blog, awak cop saya ni ada pakwe macam orang lain, okey..^^)





Friday, 18 May 2012

BATUK BERDARAH??

assalamualaikum..hahax! jangan takut bila baca tajuk entry kali ni. bukan saya yang batuk berdarah tau. i'm fine, thank you..hahax! entry kali ni memang seram sikit (kejap2..bulu roma meremang tiba2)..semua ni terjadi masa saya tingkatan 5, time tu tengah tunggu bas Mayang Sari..disebabkan tak ada tempat kosong, saya terpaksa duduk sebelah seorang budak sekolah. saya mengaku, memang anti-lelaki sikit, so bila terpaksa duduk sebelah lelaki, memang tarik muka habislah..haha! (sebab tu kot saya lebih selesa sekolah semua perempuan tapi tak berakna saya ni suka kaum sejenis, okey!!!)..





budak lelaki tu macam dalam anggaran budak tingkatan 3 (kot)..tak tahulah tapi agak tinggi daripada saya..=,='' nampak gaya dia macam pelajar cemerlang (chewaahh!) sebab tangan dia penuh dengan buku2..beg pun macam berat aje..tapi apa yang buat saya rasa pelik bila tengok budak tu pucat semacam. dalam kepala, memang dah fikir macam2 dah. takut kalau budak tu hhiiiieeehhhiiieeehhiiieee (faham2 la)..tapi bila jeling2 kat bawah, owhh ada kaki..sah dia oranglah tu..hahax!





masa duduk sebelah budak lelaki tu, dia banyak kali batuk2. teruk juga dengar batuk dia. macam ada kahak aje dalam kerongkong dia tu. disebabkan saya kena jaga kesihatan sebab peperiksaan percubaan SPM tengah bermula, saya duduk jauh2 dari budak tu. budak tu perasan saya jauhkan diri daripada dia, tapi dia buat muka steady aje..





setengah jam kemudian, bas pun dah sampai. belum sempat nak bangun, ramai orang bangla dah serbu bas tu..URGHH!! geram betul, jadi saya dan budak lelaki tu tepaksa tunggu belakang orang2 bangla yang berebut2 nak naik bas tu (macam ada diskaun 90% aje)..=,='' masa tunggu tu, tiba2 aje budak tu batuk2 dan kemudiann.......................





gerun! darah dia pula terpercik sikit kat tudung saya. warghh! tak tahu nak buat apa melainkan tengok budak lelaki tu rebah kat tar jalan. nak tolong tapi kaki macam dah kena gam tiba2. semua orang panik tapi ada 2-3 pakcik datang tolong budak lelaki tu. dan kemudian ramailah berkerumun menyaksikan budak lelaki tu (tak pasal2 jadi famous terus)..





balik rumah aje, saya terus pergi bilik air dan terus cuci tudung sekolah, tak nak tunjuk kat mak. nak cerita kat mak pun tak boleh sebab masih terkejut. harap2 budak lelaki tu sihat sekarang ni..tapi bila saya cari laman web berkenaan muntah darah, mungkin budak lelaki tu mengalami penyakit kerosakan hati atau ulser peptik atau lebih menakutkan lagi kanser peparu. eeii...harap2 budak lelaki tu sihat wal'aiat sekarang. doakan dia sihat ya.






dengar cerita, pelakon idola saya, Adi Putra dah bercerai dengan isteri dia, Aida Yusuf.. sama-samalah kita berdoa agar Adi Putra dan bekas isteri dia dapat mengharungi dugaan rumah tangga masing-masing dengan tabah..T^T






*mendoakan orang lain lebih baik daripada mendoakan diri sendiri. tetapi pastikan doa benda-benda baik tau..^^




Monday, 14 May 2012

BULAN YANG SIBUK

SOALAN: Apakah perasaan anda apabila menginjak ke bulan Mei ini?





SOALAN: Adakah bulan ini merupakan bulan terbaik anda? Berikan sebabnya.

bulan terbaik? bolehlah..sebab bulan ni bulan Istiadat Konvokesyen UiTM untuk kakak saya..hehew! dapatlah saya pergi jalan2 masa ke Shah Alam nanti..hahax. lepas tu, rasanya macam nak raikan Hari Guru kat SK Bakri Batu 5 la..rindu betul kat cikgu2..X) dan lagi satu, bulan ni pun bulan kelahiran saya..yeahoo!!! tapi selalunya rama tak ingat dengan tarikh lahir saya ni..huk3..



SOALAN: Dengar kata, bulan ni bula sibuk Yayah. Betulkah?

bulan sibuk? BETULL!!!! bulan terpaling terganas tersangat sibuk!! sebab saya sibuk berusaha untuk mendapatkan lesen motor..arghh!! geram betul naik motor ni..asyik jatuh aje.. selain tu, saya sibuk buat cerpen untuk Sayembara Penulisan Novel, Cerpen danPuisi dalam kategori cerpen..setakat ni saya baru aje siapkan tiga cerpen dalam dua bulan ni..tak tahulah sempat siapkan ke tak. dahlah kena buat novel lagi..arghh!!! takde masa beb..lagi bertambah sakit hati bila langsung tak ada feel dalam mana2 scene cerpen..arghh!!! sangat menyakitkan hati~~




SOALAN: owhh..okey. Soalan terakhir. Berikan sepatah dua kata sebelum wawancara ini berakhir.

Selamat tinggal (kata sepatah dua kata..ni dah dua kata la ni..hahax!)







disebabkan bulan ni terlalu sibuk, mungkin saya tak buat entry baru lepas ni...maaf tau!
(T__T)


Wednesday, 9 May 2012

KeNaPa KiTa MeSTi SaYaNG CiKGu?

Dalam setiap sekolah, saya rasa hampir 80% pelajar mengutuk cikgu mereka sendiri hanya kerana salah faham dengan perbuatan cikgu terhadap mereka. Sebenarnya, tak semua tindakan cikgu tu teruk. Sebagai bekas pelajar, saya rasa ini tanggungjawab saya untuk membetulkan pemikiran semua adik2 kesayangan saya ni tentang perbuatan cikgu dan secara tak langsung insyaALLAH masing2 akan tahu kenapa kita mesti sayang cikgu. Saya harap agar keterangan dalam beberapa situasi ini dapat menyedarkan semua termasuk saya sendiri..
maaf atas kesalahan tatabahasa & ayat..(^__^)


KENAPA SAYA MESTI SAYANG CIKGU??

Situasi 1

Setiap kali aku buat salah sikit, cikgu mesti nak denda aku. Kadang2 kalau bukan salah akupun, cikgu masih nak tuduh aku yang bersalah padahal sudah terang-terangan yang semua tu bukan salah aku. Kalau setakat diri atas kerusi tu aku boleh terima lagi, tapi cikgu tu rotan aku lebih sepuluh kali! Tangan aku sampai bengkak teruk dan aku tak mampu nak menulis. aku benci gila dengan cikgu! Balik rumah aje, aku terus mengadu kat mak abah. Diorang marah2 dan nak saman cikgu. haha..Puas hati aku tengok cikgu tu terkial-kial nak bayar saman. Padan muka!
Cuba korang fikir betul2 kenapa cikgu rotan korang? Siapa yang bersalah sebenarnya? Koranglah yang bersalah kerana tak mengikut arahan. Cikgu merotan bukan sebab nak menganiaya korang, cuma nak beri peringatan untuk korang supaya tak mengulangi kesalahan lagi. Kalau tak kena rotan, korang boleh ke berubah? Mustahil kan? Kalau cikgu tuduh korang bersalah, cuba terangkan kepada cikgu dengan baik. Jangan simpan dalam hati dan kemudian kutuk2 cikgu pula padahal cikgu tak tahu apa2. Lagi satu, tak perlulah nak bersaman-saman ni. Aku yang pernah kena denda lari keliling padang sepuluh kali pun tak pernah guna saman2 ni. Orang yang gunakan saman ni sebenarnya nak tunjuk dialah paling berkuasa aje. Kalau rasa korang macam tu, lebih baik bertaubat sebab ALLAH melaknat orang yang riak2 ni.



Situasi 2



Aku benci betul bila tiba subjek tu sebab cikgu tu ajar tak best. suara cikgu tu macam tenggelam timbul aje. Kadang2 tak dengar langsung padahal aku duduk depan lagi. Dahlah suara slow, mengajar kitorang pun slow juga. Lepas tu, cikgu ambil masa sebulan nak tanda buku kitorang. Tension seyh!! Aku memang berhasrat sangat nak minta kat pengetua supaya dapat tukar cikgu. Aku benci bila cikgu tu mengajar kelas aku, tak boleh terimalah! Aku rasa aku sanggup tukar kelas daripada menghadap cikgu tu.
Cuba korang fikir, cikgu pun manusia biasa juga. Cikgu pun ada banyak kekurangan macam korang. Takkan disebabkan kekurangan cikgu, korang mula rasa benci?? Cuba korang fikir lagi, cikgu tak pernah meluahkan rasa benci tengok kekurangan korang, malah cikgu menerima segala kekurangan korang. Sebagai manusia berfikiran waras, kita kenalah memahami bahawa tidak semua orang sempurna dalam dunia ni. Jadi, takkanlah korang masih tak dapat memahami kekurangan cikgu??



Situasi 3



Homework, homework, homework! Aku benci betullah dengan binatang homework tu. Menyampah aku bila cikgu bagi kitorang homework. Kalau bagi sikit, tak apalah juga. Ni bertimbun-timbun macam Gunung Everest!! Perghh..agak2 la bila nak bagi homework. Aku sampai tak ada masa berehat. kalau homework pun dah berlambak macam ni, alamatnya sampai ke subuhlah aku tak habis siap. Benci seyh cikgu ni!!!
Cuba korang fikir. Sebenarnya, kejayaan dalam peperiksaan asasnya bermula daripada homework. Homework ni adalah latih tubi korang bila setiap kali cikgu bagi bab baru. Bukan salah cikgu kalau korang merungut homework terlalu banyak, tapi salah korang sendiri. Sebab cikgu bagi homework supaya korang berlatih menjawab soalan, nanti korang sendiri yang akan mahir menjawab soalan yang sesuai dalam peperiksaan nanti. Tugas korang cuma tingkatkan usaha aje. Lagipun, cikgu bagi homework sebab taknak korang cepat terlupa dengan apa yang cikgu ajar kat korang. Jadi sebab itu la cikgu bagi banyak homework. Hasilnya nanti korang sendiri yang peroleh. So, takkanlah sebab homework (yang menggambarkan usaha korang tu) aje, korang terus benci cikgu??



Situasi 4


Hari tu aku pakai T-shirt Harimau Malaya masa kelas tambahan hari Sabtu. Belum sempat aku masuk sekolah, cikgu paksa aku balik rumah suruh aku salin baju T-shirt sekolah. Menyampah betul! Bukannya aku pakai baju seksi, baju kebanggaan Malaysia juga! Lepas kejadian tu, aku tunjuk protes kat cikgu tu. Aku hasut semua kawan aku pakai baju bebas selain daripada T-shirt sekolah. Biar cikgu tu sedar yang dia tu tak layak tegur aku!! huh!!!
Pertama sekali, aku tanya korang. Korang pandai mengeja kan? Pandai membaca kan? Jadi, mustahil korang tak reti baca peraturan sekolah. Kalau dah terang-terangan sekolah korang tak benarkan korang pakai baju selain t-shirt sekolah, korang ikut aje la protokol tu. Kenapa mesti nak langgar peraturan?? Lagi satu, bersyukurlah sikit bila cikgu tegur kesalahan korang, belum lagi cikgu kenakan denda. Sebab cikgu beri korang peluang untuk berubah, bukan beri peluang untuk korang hancurkan peraturan sekolah. Protes2 ni adalah amalan untuk orang bodoh aje. Jadi, korang nak ke tergolong dalam manusia macam tu? Cikgu tegur sebab nak mendidik korang mematuhi peraturan supaya korang jadi manusia yang tinggi disiplinnya. Takkanlah kerana didikan, korang terus menyampah dengan cikgu???



Situasi 5


Bila aku tak datang sehari dua, cikgu mesti minta aku surat MC, tak pun surat ketidakhadiran. Kadang2 bila aku sakit dan tak pergi klinik, cikgu marah2 aku tak tentu pasal. Lepas tu, paksa aku datang kelas tambahan pula. Dia tak tahu ke aku tak sihat masa tu?? Kenapa nak tengking2 aku pula?? Nak buat apa aku pergi kelas tambahan padahal dah terang lagi bersuluh yang markah peperiksaan aku semakin hari semakin bagus. Dia ingat aku bodoh ke bila tak datang sekolah beberapa hari??
Cuba korang fikir, tak semestinya cikgu marah korang sebab tak datang sekolah, cuma bimbang bila korang sakit tapi tak ke klinik untuk buat pemeriksaan. Cikgu marah2 korang sebab cikgu taknak korang datang ke sekolah dalam keadaan sakit dan secara tak langsung menggugat tumpuan korang masa belajar. Setiap kali korang tak datang, cikgu buat kelas tambahan kerana tak mahu korang keciciran dalam pelajaran tatkala korang tak hadir tu. Mungkin korang pandai bila ada kelas tuisyen kat luar, tapi sepatutnya korang berasa bertuah kerana cikgu ambil berat terhadap pelajaran korang, ambil berat kat kesihatan korang. Tapi pernah tak korang ambil berat terhadap kesihatan cikgu??



Situasi 6


Suatu hari, aku betul2 tertekan sejak dapat dugaan berkenaan keluarga aku. Aku stres sampai rasa macam taknak pergi sekolah lagi. Banyak kali juga aku ponteng kelas dan banyak kali juga aku kena tangkap dengan cikgu. Masa dalam tahanan tu, cikgu paksa aku ceritakan masalah aku. Kenapa cikgu nak menyibuk hal aku ni? Kalau aku cerita pun, dia mustahil faham dan takkan rasa apa yang aku alami! Aku paling menyampah dengan cikgu yang busy body ni la!!
Sebelum tu, cuba korang tanya cikgu2 korang, berapa umur cikgu? ada >30, >40 dan >50 tahun kan? Padahal korang baru aje dalam lingkungan 7-18 tahun, dugaan pun baru sekecil zarah. Cuba korang fikir, dengan umur cikgu tu, cikgu lebih banyak dugaan daripada korang. Bukan setakat cikgu aje, malah makcikpakcik dan ibubapa korang pun banyak hadapi dugaan sepanjang usia bertambah tu. Cikgu bukannya paksa korang ceritakan masalah, cuma cikgu taknak korang terlalu pendam masalah sampaikan pelajaran pun terganggu. Korang kena ingat, pelajaran adalah jalan utama buat korang tentukan ke mana hala tuju korang bila dah besar nanti. Cikgu nak korang luahkan masalah korang supaya korang tak fikir masalah tu sampaikan pelajaran pun terganggu. Takkanlah keprihatinan pun buat korang benci cikgu??





So, kalau selalunya korang buat cikgu marah, cuba lepas ni korang buat cikgu gembira. Jangan menghukum cikgu dengan kesalahan korang. Dan bukan bermaksud saya salahkan 100% kat korang. Saya cuma nak korang sedar dahulu diri sendiri sebelum menuduh cikgu yang bersalah. Fikir dahulu pokok pangkal kenapa cikgu berbuat demikian kat korang. Korang kena ingat, maruah korang akan terjaga bila korang sendiri dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.




korang rasa tak puas hati dengan kata2 saya? okey, saya minta maaf sebab ayat2 saya tadi memang agak kasar sikit..tapi cuba korang buka link ni dan baca..fahamkan betul2 dan fikir dengan baik kenapa kita mesti sayang dan hormat cikgu..




"jangan sesekali berprasangka buruk dan terlalu cepat membenci cikgu tanpa berfikir kenapa perkara itu terjadi. kebanyakan perkara yang berlaku adalah daripada kesilapan kita sendiri. cikgu cuma menegur kesalahan kita dan mahukan kita buat yang terbaik. jadi, tidak adil jika kita 100% menyalahkan cikgu lalu terus menerus membenci mereka. kita kena ingat, cikgu ibarat ahli ilmu yang dijanjikan ALLAH akan mendapat ganjaran di akhirat. cikgu ibarat ibu bapa. jika kita menyakitkan hati cikgu, samalah dosanya kita menyakitkan hati ibu bapa sendiri"

-terima kasih kerana membaca-
-maaf andai ayat saya di atas mengguris perasaan korang-


**cartoon credit to: <<Students 'High' Class>>





Monday, 7 May 2012

aKiBaT TiDuR DaLaM BaS

assalamualaikum...
masa saya naik bas mayang sari ni, saya teringat satu peristiwa yang paling membengangkan diri sendiri dan kebetulan peristiwa tu terjadi di tempat duduk yang sama dengan tempat duduk saya..ketika tu tak silap saya dalam tingkatan 1 lagi (kot)..disebabkan saya tak ada kenderaan balik, saya terpaksa jalan kaki dari SMK (P) SAB ke perhentian bas sebelah MPM..dan inilah bas tambang yang saya selalu naik sepanjang 5 tahun ni...


bas yang banyak berjasa..(^_^)


kebetulan pula pada tahun tu, imigran penduduk luar negara agak ramai sampai bas pun penuh aje mamat2 Bangladesh, Myanmar & Indonesia..masa tu, memang terasa macam saya kat negara lain...=,='' disebabkan duit pernah kena songlap dek ketiga2 pendatang ni, saya mula benci diorang..dan entah kenapa pula la masa tu juga ada seorang mamat Myanmar duduk sebelah saya..arghh!! benci!





serius, benci tahap melampau memaksa saya untuk terus tak tersentuh dek lelaki Myanmar tu, termasuklah baju sekolah saya sekali..saya sanggup berkepit di tepi tingkap macam orang duduk tak muat padahal sudah terang lagi bersuluh yang lelaki Myanmar tu dah bagi space cukup2 untuk saya letak beg..tapi saya saja buat2 tak nampak..

bas 05 (sungai abong-parit ulu-pekan bakri) kena lalu kawasan pekan dan ambil masa 45 minit untuk sampai ke kawasan perumahan saya di Bakri sana..oleh kerana masa masih lama, mata saya mulai rasa mengantuk yang teramat. mana tidaknya, baru tingkatan 1 sudah pandai tidur lewat 2 pagi semata-mata tengok tv..





dan saya ambil kesempatan waktu tu dengan tidur sekejap..saya tak tahulah berapa saat entah tiba2 aje saya terus tidur nyenyak sampailah.......................







apa yang pelik, lelaki Myanmar tu langsung tak kejutkan saya..mujurlah saya terbangun bila Pak Ya (driver bas) bunyikan hon..urghh!! perasaan malu sebab tertidur atas bahu pendatang asing memang memalukan! masa saya turun bas, semua mata dalam bas tu tertumpu ke arah saya..>,<'' sejak tu, saya tak nak naik bas tambang sebulan, jadi minta kakak jemput saya balik..sebulan kemudian, barulah saya balik naik bas semula..hehew!!





tapi...alamak!! masa tu jugalah saya terserempak lagi dengan lelaki Myanmar tu...masa bertembung tu, lelaki Myanmar tu senyum2 aje kat saya manakala saya pula tutup muka dengan fail..dari jauh saya dengar dia cakap2 sesuatu dengan kawan dia..kawan dia pandang saya dan tersenyum juga..urghh!! mesti lelaki Myanmar tu ceritakan peristiwa saya tertidur atas bahu kat kawan dia tu..MALUNYA!!!





bila dah terkena ni, saya sentiasa bawa gula2 hack's dengan mentos dalam kocek baju sekolah sebab tak mahu tertidur dalam bas lagii...biarlah peristiwa ni pertama dan terakhir buat saya.X(




**Perasaan benci adakalanya akan memakan diri sendiri. Jadi, sebagai seorang insan yang masing2 punyai kekurangan, kita perlu menerima semua dengan seadanya..jangan terlalu membenci kerana ALLAH akan menentukan sesuatu ujian kepada kita dan akan melibatkan orang yang kita benci juga~~