Wednesday, 29 February 2012

YaYaH vs LaWaK KaMPuS


bohonglah kalau saya kata saya ni bukan peminat komik..serius, saya sanggup menghabiskan duit sekolah semata-mata untuk membeli komik..haha!! kalau mak ayah tahu, memang nahas...ahax!! dalam banyak2 komik, saya paling suka komik LAWAK KAMPUS karya KEITH...saya memang serious tahap maksimum minat kat keith sebab komik strip dia x ada satu pun buat saya blur..bila baca, mesti x henti2 gelak punyalah..sebulan saya hampir membaca komik jilid 1-12 tu 3 kali..haha!!

tapi, dalam banyak2 lawak dalam komik ni, ada beberapa jalan cerita yg memang ada kena mengena dengan hidup saya..so, ni saya tunjukkan sikit mana lawak2 tu..keith, izinkan saya share lukisan komik awak..
(^_^)
**sorry, nampak kabur sikit sebab ambil gambar melalui kamera..T^T

yayah as  vanness..XXD
masa ni saya curi2 masuk pejabat skolah rendah n pura2 nak jumpa guru besar..sebijik giler!

yayah as  froggy..
masa form 1, time paper math..memang ada jawapan, x tahu la saper yg jawab..tp saya x bgtahu cikgu langsung..last2 tiba2 je dapat 100%..haha!!

yayah as vanness..
memang suka sepak punggung orang masa darjah 2..haha!!

yayah as aditas..
suka tekan lebam kakak..sebab suka dengar kakak jerit kesakitan..bwahaha!!

yayah as vanness..
time ni masa darjah 6..saya disuruh oleh cikgu PPS untuk ikat buku2 lama..cikgu tu benarkan saya memilih mana2 buku untuk diambil..masa belek2, saya terjumpa duit!! x banyak ar, RM1 jew..XXD



Sunday, 26 February 2012

ReSuLT SPM??

urmm...aku tak tahu nak cakap apa melainkan rasa gugup bila sebut pasal result SPM ni..tengok aje la sekarang. dah hampir 2 bulan ar gak aku susah nak tidur malam2..kadang2 sampai pukul 4 baru nak tidur...hmm..aku sendiri x tahu sama ada aku bole dapat result sebagus dulu..sebab dulu aku memang ada smangat yang tinggi untuk berjaya. tapi, masa peksa SPM ari tu, aku memang down..x tahu kenapa..maybe aku stress bila fikir terlalu banyak subjek yg aku perlu skor..hhmm...

kakak2 aku macam mengharapkan aku dapat sekurang-kurangnya lebih dari 3 A+..tapi....aku x berapa nak janji..aku banyak main hentam time jawab soalan...

bila dah habis SPM ni, aku ingatkan boleh la aku bebas..tapi ternyata x. aku selalu mimpi aku dapat result teruk...pernah sekali aku menangis sebab mimpi tu..bila berdoa, aku tak berapa yakin aku akan dapat A+..hmm...ntah ar ek? andai betul result aku teruk, aku harap aku diberi peluarng untuk berjaya lagi...

(T_T)

Friday, 24 February 2012

NaSiHaT HM TuaH

semalam, saya baru lepas baca buku motivasi hasil karya HM Tuah Iskandar. bukunya bertajuk JOM MENGETOP. dalam buku ni ada banyak bab, tapi saya agak tertarik dengan satu bab ni. jadi, saya nak kongsi untuk korang baca. selamat membaca! (^_^)

**saya menaip sama semerti dalam buku ni..


erkk..sorry..gambar buku separuh je..haha!!

JANGAN MENGGATAL SANGAT


pernah tak tengok seseorang dan kita rasa senang sangat tengok dia? kita rasa macam dia tu perfect, dia segalanya dan orang tu pulak berlainan jantina dengan kita.

kalau pernah, itu antara tanda-tanda anda jatuh cinta. ha, layan. jangan layan kalau anda dah ada kekasih, ada suami atau ada isteri. susah nanti. dah ada kekasih masih nak menggatal pulak. bang, ingat-ingat sikit isteri kat rumah tu. kak, anda pun ingat-ingat suami dan anak yang dah berderet tu.

ramai orang berkalih tau. ramai orang terkalih oleh rasa yang tiba-tiba timbul semula dalam jiwa dia. kalau orang bujang, kali pertama biasalah. tapi kalau dah tua datang lagi rasa macam tu, hentikanlah. jangan dilayan, tapi tolong lawan. anda layan, anda akan kecundang. sendiri cari susah, sendiri cari penyakit.

ingat senang ke nak jadi buaya ni? susah. ramai orang hilang merdeka sebab bertindak buaya sedangkan dah ada tanggungan.

cinta ni boleh aje asalkan tak membuatkan anda berbuat salah. faham betul-betul apa abang cakap ni. ulang sekali lagi. cinta ni boleh aje asal tak membuatkan anda berbuat salah. maknanya, cinta tu tak salah. yang salah, perlakuan salah semasa bercinta tu. faham?

cinta itu suci tapi yang mengotorkannya orang macam awaklah bang, yang dah ada anak sepuluh, isteri pun dah empat dah tapi masih nak merenyam. samalah juga kak, suami seorang pun tak terjaga, tapi asyik bagi peluang orang jatuh cinta pada anda. bahaya hidup macam tu.

jomlah cemerlangkan hidup dengan menjadikan cinta sebagai laluan untuk menikmati bahagia. kan cinta untuk dinikmati bukan ditangisi. mereka yang menangis kerana cinta, kesian, sebab mereka tak faham lagi cinta..


Tuesday, 7 February 2012

iNTRo oF STuDeNT 'HiGH' CLaSS CoMiCS..


huhu..dah lama x lukis komik ni..haha!!
student 3 Damasutra memang benci kat cikgu zambry...
ni baru sikit diorang buat..
tengok ar sama ada cikgu zambry boleh bertahan atau x..
(^_^)

MaK aYaH...SuDaHLaH Tu....T_T



hhmmm....betul ke orang yg dah kahwin ni selalu bergaduh? betul ke orang yg dah kahwin ni lebih banyak drama drpd realiti? hhmm..bukan apa, kadang2 saya rasa jemu melihat mak ayah yg x habis2 bergaduh tu...

dari kecik lagi kalau diikutkan memang selalu la juga tutup telinga sebab malas nak dengar pot pet pot pet diorg..pernah juga nanges..tapi bila dah hari2 dengar diorang gaduh2 ni, terus jd macam dah biasa..bak kata orang2 tua, alah bisa tegal biasa..haha!!

hhmm...mak ayah kadang2 romantik..kadang2 fierce..takut juga saya tengok..tapi apa yg paling menyentuh hati saya bila ternampak ayah kucup dahi mak time mak sakit dulu...ffeeewwwiiitttt!!!! macam hindustan...XXD kebetulan pula time tu ada peperiksaan bulanan. bila tengok mak ayah camtu, saya terus bersemangat nak jawab soalan2..alhamdulillah, ada la sikit peningkatannya..(^_^)

bile umur saya dah menginjak 17 dan mak ayah hampir ke umur 60, semua macam serba x kena..mak dengan cara mak..ayah dengan cara ayah..saya pula dengan cara calon spm..haha!! gaduh tu memang satu kepastian tapi aura nye makin kuat drpd dulu...terkena juga kesannya kat saya..buktinya? saya tiba2 jadi panas baran & x sporting macam biasa...kawan2 pernah tegur kenapa saya jadi camni..tapi lama2 saya dapat control emosi saya..

masa peperiksaan percubaan spm, saya asyik2 terfikir camne nak buat mak ayah berbaik..fikir punya fikir punya fikir, last2 keputusan saya teruk...lebih teruk drpd ujian bulanan..kalau dulu dapat 2 gagal, terus dapat 4 gagal...T__T cikgu ada juga tanya, saya ada masalah ke? tapi saya diam je..

hari ni, saya dan kakak2 berkumpul untuk sambut birthday syafi.. masa tengah sarapan, saya, kak fara dgn kak nurul terkejut bila ayah cakap camni: "biar dia (tujukan pada mak) marah2. biar cepat mati)".

saya terdiam, rasa macam nak marah ayah, tapi x boleh..suara saya macam tersekat..kak nurul pertahankan mak, kak fara pulak cuma nasohatkan jangan buat darah tinggi mak naik lagi..tapi ayah buat2 x dengar..saya terus tengok air muka mak..mak nampak sedih aje...xtw ar sama ada ayah bergurau atau x, tapi bila dia cakap camtu, gurauannya sangat sensitif..

saya harap mak ayah akan berbaik2..saya harap mak ayah x gaduh2 lagi..saya harap sangat2 mak ayah romantik macam dulu2...

"kita hanya ada seorang ibu dan seorang bapa. takkan ada pengganti antara mereka. oleh itu, hargailah mereka"

Monday, 6 February 2012

eNTaHLaH...



entahlah....
kadang2 bila aku menolong orang, aku memang seronok..
sebab dapat pahala yang ALLAH janjikan..
bila pertolongan itu telah aku selesaikan, pasti ada saja yang mula berfikir..
mereka ingat aku tidak menolong sesiapa..
mereka ingat aku bekerja separuh jalan...
adakah mereka tidak sedar yang aku telah menolong orang??

entahlah...
kadang2 aku keliru dengan dunia ini..
bila aku berbuat baik, mereka anggap aku jahat..
bila aku berdiam diri, mereka mula memfitnah aku..
bila aku tersenyum, mereka ingat aku gila..
bila aku menangis, mereka ingat aku terlalu dimanjakan...
adakah mereka tidak sedar yang aku juga punya perasaan??

entahlah...
kadang2 aku hampir2 putus asa dengan hidup ini...
tapi aku sangat2 sayangkan ALLAh..
aku sayangkan keluarga..sayangkan agama...
aku tak mahu mati dulu sebelum berjihad ke jalan ilahi..
tapi aku tak tahan dengan mereka semua...
aku tak setabah rasulullah...
aku ingin menjadi seperti baginda...
aku ingin menahan kesabaran dengan mereka itu..
adakah mereka tidak sedar mereka telah buat aku lemah??

entahlah...
aku hanya mengharapkan padaMU, YA ALLAH..
moga2 sinarMU sentiasa mengiringi aku..
T_T

Sunday, 5 February 2012

uSaH...

usah menganggap dia yang kita sayang..
kerana selalunya dia lebih banyak menyakiti hati kita..

usah menganggap dia yang kita setia..
kerana selalunya dia lebih curang di belakang kita..

usah menganggap dia lebih baik daripada semua..
kerana selalunya insan tidaklah sebaik-baik tingkah lakunya..

usah menganggap dia yang kita percayakan..
kerana selalunya dia akan mudah membongkar rahsia kita..

usah menganggap dia boleh menggembirakan kita..
kerana selalunya dia tidak tahu bagaimana untuk menggembirakan kita..

:)


Di MaNa KaN Ku CaRi GaNTi (part 2)...




Selepas secret dikebumikan..
Kawan 1: dayah, sblm arwh ckgu mninggal, dia ad x bg pesan ap2 kt ko?

Yayah: (?_?) xd..knape beb?

Kawan 1: ko citer ar kt dayah..(rase b’salah)

Kawan 2: isy..ko ar..aq x ingt!

Yayah: oi2..korg ni pehal? Citer jew ar..susah benor kew? (pening)

Kawan 1: eerrmm…(pndg muke yayah). Actually, cikgu ad citer psl ko..errmm..

Yayah: (start nk nanges) dia ckp ap?

Kawan 2: arwh ckgu mula2 tnye, dlm byk2 wane, ko suke wane ap? Aq jwb ar ko suke wane hitam. Pastu ckgu ckp, boleh x awk b’dua suruh dia suke wane biru.

Kawan 1: cikgu ckp, mgkin ko x sedar slama ni dia byk bagi sokongn kt ko. Dia suka beri nasihat kat ko wlaupun gune bhasa yg xssuai sbagai ank murid dgn guru. Errmm…aq xtw knp dia puji2 ko kelmarin. Bkn ke ko dgn ckgu b’gaduh x abis2?

Yayah: aq xtw..(start nanges). Smalam dia suruh aq ingt lagu P Ramlee..

Kawan 1 & Kawan 2 masing2 b’pandangn..

Kawan 2: dayah..sebenarnye kn..(suara sebak). Cikgu ad bg surat kt aq pagi smlm..dia suruh aq bg kt ko. Sori, aq bg agk lewat..errmm..sori lg skali sbb aq dh bace isi surat ni. (hulur shelai kertas wane biru)

               Isi suratnye:
Buat anak muridku yg selalu sakitkan hatiku, Hidayah..
                Mesti kau pelik bila aku beri surat pada kau, kan? Sebenarnya,aku x tahu kenapa bulan ni aku rasa seperti kehilangan sesuatu yg amat berharga nanti. Mungkin aku akan mati kot..sebab aku kan selalu muntah darah. Haha! Aku nak kau tahu sesuatu..Dayah, aku betul2 minta maaf..aku x ada sedikitpun rasa benci pada kau..aku ingt lagi bila kau ckp kau benci aku bila aku msuk ke tuisyen ni buat pertama kali, kau paling pendiam antara yg lain. Melalui mate kau, aku dpt agak kau seorg yg suka pendam masalah.
                Aku cuba nak buat kau senyum, tp kau mcm xsuka aku. Aku x sedar pun yg kita ni jd rapat dgn cara benci-membenci camni..tapi aku dapat agak kau anggap aku mcm pembakar semangat kau. Jgn b’dalih, aku dpt baca fikirn kau. Walaupun kita selalu gaduh, tapi aku dapat rasa aku betul2 gembira..kalau sehari aku x gaduh dgn kau, aku rasa kosong. Haha! Aku nak mintak 1 permintaan, boleh x kita betulkan semula keadaan ni? Aku teringin nak dengar kau panggil aku “cikgu”..kau panggil sekali je x apa..aku nak ingat sampai bila2. Sbb kau sorg aje belum panggil aku dgn gelaran “cikgu” kt kelas tuisyen ni..
                Kalau diizinkan TUHAN, cikgu nak ajak Dayah & kawan2 pergi melawat guru2 sekolah lama cikgu raya nanti. Oh ya..cikgu akan tunaikan janji cikgu pada Dayah mase gerak gempur UPSR bulan lepas. Cikgu beri hadiah sepasang kurung biru akhir puasa nanti. Sorry, cikgu rasa warna biru tu ssuai utk Dayah. Raya nanti pakai baju kurung tu ye..cikgu nk tgok...


"Ingatlah..kasihi insan yg berada di sisi anda..ap yg yayah tulis ni skadar renungn b’sama...xd niat yayah nk bangge2 dgn sjrh itam ni"

Di MaNa KaN Ku CaRi GaNTi...





citer yayah 5thun lalu..

Secret: ko suke dpt ckgu mcm aq?

Yayah: apsl ko tnye? (biadap)

Secret: saje jew..xkn xbleh kot.

Yayah: ntah..nk wtpe aq jwb soalan ko. aku kn bdk jht, kn?

Secret: (t'diam & tibe2 nyanyi lagu) di mana kn ku cari gnti~serupa dgnmu~

Yayah: oi! bingit ar! diam skit! aq nk bce buku ni..

Secret: (ketawa) ko ni..ko tw kn lagu yg aq nyanyi td?

Yayah: tw..ko ni knp? pelik tol ar..dh ar td senyum memanjang, skrg plak nyanyi lgu kuno plak..ko giler ea?

Secret: boleh x kalo ko nyanyi lgu ni..aq nk dgr

Yayah: aq xreti lagu lame2 ni..dh2 jgn gnggu aq!!

Secret: nyanyi ar, dayah..aq nk dgr sblm aq balik ni..(suare mcm sedih)

Yayah: di mna kn ku cari gnti~ dh? puas?

Secret: lg?

Yayah: serupa dgnmu~  oi! apsl sroh aq nyanyi lgu ni plak?

Secret: haha!! nnt aq bgtw ko esok..tp hari ni ko kne ingt lgu ni tw..bile ko dgr lgu ni, ko kne ingt aq skali..haha! esok nnt aq jmpe ko kalo ad mse free nnt..nnt aq terangkn..

ptgnye....
rupa2nye ko 'pergi' wt slama2nye..
sbb tu yayah xbleh dgr lgu "di mana kn ku cari ganti"

Di SeBaLiK 4A 1B..



tengah sibuk2 menyelongkar bilik nak cari sijil2 lama, saya menjumpai semula slip keputusan UPSR 2006. dah kuning kertasnya, memalukan betul. dah la perempuan, slip result dengan sijil pun tak reti nak jaga..haha!! saya menepuk2 slip UPSR yg diselaputi sarang labah2 lalu mengamati tulisan bertaip itu. 4A1B..not bad. bila ditenung2 slip UPSR, saya tersenyum teringat kisah2 silam ketika menjadi murid di sk bakri batu 5 (SKBBL).

sepanjang 6 tahun tu, yg paling saya ingat ialah ketika saya darjah 3. darjah 3 adalah tahun kejatuhan empayar saya sebagai seorang murid. time tu, saya cukup dikenali dengan "murid tak reti buat homework"..haha!! thats why selalu kena denda, buku latihan kena campak ke longkang...mcm2 la. mrkh ujian...jgn tanya la. memang 'BAGUS' sampaikan matematik dapat 18% (ingat lagi muka cikgu bila umumkan markah saya).

darjah 4 pula adalah tahun cemuhan saya. markah ujian taklah seteruk dulu. atas sokongan cikgu zatuliffah, sedikit sebanyak semangat saya nak dapat sekurang2nya 1 A mula melonjak. tapi usaha saya pernah dijadikan bahan ketawa kawan2. yang paling menyakitkan hati, cikgu BM saya (tak nak beritahu nama dia) menceritakan dengan lebih lanjut isi karangan saya. malu...hanya ALLAH saja tahu malu saya pada tahap mana. sejak saya ditertawakan kawan2, saya mogok pada cikgu tu...mogok dgn cara tak nak belajar..haha!

darjah 5..hhmmm..tahun kenakalan saya..haha!! time ni saya seperti vendalisme terhormat. meja dan dinding memang jadi 'medan conteng' saya. urmm...saya x ingat sangat masa darjah 5 ni sebab time ni saya naaakkkaaaaalllllll sangat..XXP

darjah 6 adalah tahun kebangkitan saya sebagai seorang murid. satu demi satu saya mula menyedari betapa besarnya pengorbanan cikgu2 saya. saya ingat lagi sewaktu pergi tuisyen malam di SKBBL..cikgu firdaus (cikgu matematik) pernah menceritakan kepada kami bahawa dia pernah menghidap sejenis penyakit. saya rasa betul2 tersentuh dan berhasrat untuk buat cikgu gembira dengan markah2 saya. cikgu nurul fitri pun banyak membantu saya dalam menguasai tatabahasa BM. cikgu kamilah, walaupun garang tp kegarangannya membuatkan saya mula meminati BI. cikgu zatuliffah tak pernah mengeluh bila saya banyak tanya soalan pada dia..haha!! ketika ini, saya amat2 beruntung kerana dikurniakan semua guru yg baik... thank you, ALLAH!!

ketika menempuhi peperiksaan UPSR, saya agak mudah menjawab soalan2. barangkali berkat doa daripada mak, ayah dan cikgu2. hari demi hari, hati saya mempersoalkan sesuatu...berjayakah saya?

awal bulan november 2006, pengumuman result UPSR berlangsung. saya memasang target untuk mendapat 3A2B sebab memang setakat itu saja yang saya mampu dapat. tanpa disangka, nama saya disebut dalam kategori murid mendapat 4A1B. time tu, semua orang memang tercengang tak percaya. barangkali terkejut camne murid lembab macam saya boleh mendapat keputusan itu..haha!!

cikgu zatuliffah dan cikgu adliah tak putus2 senyum dan sebut nama saya berulang2 kali untuk naik ke pentas mengambil result. saya masih tergamam dan hampir2 pengasan time tu..haha!! happy sangat! tapi kegembiraan saya bertukar kepada sedih apabila geng2 saya menangis...

"dayah..mesti kita berpisah lps ni, kan? aku harap kau tak lupakan aku nanti"..haha!! erna, kau ingat tak siapa yang cakap camni dulu? XXD

walaupun saya dahpun menjadi pelajar SMK(P)SAB muar, tapi setiap hari saya akan melalui SKBBL. hmmm...bila agaknya nak berjumpa dengan cikgu2 ya? harap2 ALLAH menemukan saya, kawan2 dan cikgu2 semula... :)

"jangan memandang rendah terhadap orang yang lemah daripada kita. sebaliknya sokonglah mereka supaya berusaha mengecapi kejayaan. ingat...kejayaan bukan milik kita seorang..tetapi milik kita bersama..."


cikgu GPK HEM, cikgu rohani..



saya pakai tudung ungu..haha!!

o,o'' bila masa pula amek gambar hajar ni..X)

before result UPSR...

urmm..sape ni ek?

name tag salah eja nama tapi sampai sekarang tak betulkan balik..haha!!




SaKiTNYa....

>,<''
sakitnya belakang saya..takkan saya ada masalah tulang belakang?
hampir setiap hari terasa seperti belakang badan ditikam-tikam..
bila diurut, masih tidak kurang rasa hilangnya..
tidak seperti sebelum ini, pedihnya makin menjadi-jadi..
mak kata, takde ape2 ler..
tapi....kenapa tak baik-baik juga?
adakah saya mengalami masalah kesihatan??

jika benar saya ada masalah kesihatan..
saya harap saya dapat menghadapinya dengan tenang..

Saturday, 4 February 2012

CeKaLNYa SeoRaNG GuRu

pada tahun 2009, saya berkenalan dengan seorang lelaki tingkatan 4 yang berada di perak. kami saling bersembang tentang komik (kami sama-sama minat komik). suatu hari, dia menceritakan kepada saya berkenaan salah seorang gurunya. setelah mendengar kisah ini, saya betul-betul tersentuh. betapa cekalnya guru itu. begini kisahnya...

sekolah saya telah menerima seorang guru lelaki berumur dalam lingkungan 40-an dan berbangsa cina, cikgu lee (bukan nama sebenar). cikgu mengajar saya subjek sains dalam aliran sastera. cikgu lee tidak seperti cikgu-cikgu lain. bajunya lusuh dan sedikit bercapuk. rambutnya kadang-kadang tidak disisir rapi dan kasutnya kadangkala dilekati lumpur. meskipun penampilannya tidaklah begitu kemas, tetapi cara pembelajarannya memang patut dipuji.

cikgu lee tidak jemu-jemu  menerangkan bab yang tidak difahami oleh pelajar-pelajarnya. namun begitu, ramai pelajar tidak menyukai cikgu kerana ada desas-desus mengatakan bahawa cikgu lee suka menyelongkar sampah. oleh kerana tidak tahan mendengar tohmahan kawan-kawan dan senior tingkatan 5, saya sendiri bertanya kepada cikgu lee adakah benar dia menyelongkar sampah seperti orang tidak siuman. namun, soalan saya tidak dijawab. cikgu lee sekadar tersenyum dan menepuk bahu saya.

dari hari ke hari, topik cikgu lee menyelongkar sampah mula tersebar luas. ramai pelajar junior bertindak menutup pintu kelas kerana tidak mahu cikgu lee memasuki kelas mereka. walaupun topik telah tersebar luas, saya masih tidak percaya dan bertekad untuk menyiasat senebenarnya,diri. dalam diam-diam, saya mengekori cikgu lee usai tamat persekolahan. mujur saya sudah memiliki motor, jadi senang untuk menjejaki cikgu lee.

dari jauh, saya memerhati cikgu lee. cikgu memberhentikan skuternya di tepi jalan. dia menyeluk saku dan mengeluarkan plastik hitam. dia menuju ke arah tempat perlupusan sampah. tergamam. hanya itu yang mampu saya kata. benar kata senior, cikgu lee memang menyelongkar sampah!

esoknya, saya cuba bertanya kepada cikgu lee. senyumannya menggambarkan ada sebuah rahsia yang dia cuba pendamkan. setelah hampir 20 minit saya memujuk, akhirnya cikgu lee menceritakan segalanya..

"sebenarnya, menjadi guru adalah cita-cita saya sedari kecil. tapi, keluarga melarang. mereka mahu saya menjadi seorang doktor. saya berdegil dan melanjutkan pelajaran ke UPSI. setelah tamat belajar, saya mendapat tawaran dari sekolah ini. tanpa berfikir panjang, saya menerima tawaran itu. namun, keluarga saya memberi syarat. jika saya terus menjadi guru, mereka akan menghalau saya dan merampas segala gaji saya. sehingga kini saya masih belum merasa gaji guru saya. sebab itu saya mengutip tin dan botol. saya tiada wang"

saya tersentuh mendengar penjelasan cikgu lee. tak sangka, dia sanggup berkorban demi mengejar cita-citanya. tanpa berfikir panjang, saya memeluk cikgu lee dan berkata:

"cikgu..terima kasih kerana sudi menjadi guru kami"

isu cikgu lee masih belum berakhir..tetapi saya yakin tohmahan daripada pelajar-pelajar lain telah membuatkan dia lebih berusaha untuk mendidik anak bangsa...


saya mengalirkan air mata tatkala Tan (bukan nama sebenar) menceritakan kisah ini melalui chat facebook. katanya, dia akan tetap mengagumi cikgu lee sehingga ke hayatnya. saya tidak tahu apa perkembangan cikgu itu sekarang kerana Tan sudah lama deactivate facebooknya. namun, saya dapat merasakan bahawa kecekalan cikgu lee patut dicontohi..
:)



KiSaH TaKBuR Si iBu


ini kisah benar. harap ambillah pengajaran di sebalik kisah ini..

si Ibu A dan Ibu B tinggal di perkampungan. anak Ibu A, XX bersekolah di SMK Lalala. anak Ibu B pula ialah XY dan bersekolah di SMK Hahaha iaitu sekolah bandar yang paling cemerlang. mereka berempat hidup berjiran sudah hampir 12 tahun.

Ibu A terlalu mengagung-agungkan XX. dia selalu menjaja cerita bahawa XX menang pertandingan itu, pertandingan ini, menyertai itu, menyertai ini, mendapat sumbangan itu, mendapat sumbangan ini..hisyy! banyaklah yang dia cerita tentang kejayaan XX. pernah sekali Ibu A membawa piala kemenangan XX dan menunjuk-nunjuk kepada Ibu B.

XY rasa tercabar melihat Ibu A menunjukkan kejayaan XX. dia mula berasa ingin melakukan sesuatu agar ibunya juga berbangga dengan dirinya seperti Ibu A bangga terhadap XX. jadi, XY pun menang pertandingan itu, pertandingan ini, menyertai itu, menyertai ini, mendapat sumbangan itu, mendapat sumbangan ini. XY menyerahkan segala pingat dan piala kemenangannya kepada Ibu B dan berkata:

"ibu, tunjukkanlah pada Makcik A tu yang along menang pertandingan ni".

Ibu B sekadar tersenyum. dia menolak huluran XY.

"kenapa, ibu?"
"kejayaan XY biarlah ibu sahaja yang tahu"
"mana boleh, ibu..Makcik A tu asyik menunjuk-nunjuk saja. ibu pun kenalah tunjukkan kejayaan along juga."
"biarlah Makcik A dengan caranya sendiri. ibu tak mahu jadi takbur, sayang.."

XY terdiam dan mula tersenyum. ternyata Ibu B tidak mahu menceritakan kejayaannya kepada semua orang kerana takut akan menjadi takbur. tidak lama kemudian, riuh satu kampung yang XX telah ditangkap polis akibat mengedar dadah


MORALNYA: tidak salah jika memuji anak, tetapi janganlah melebih-lebih seolah-olah sangat riak. sesungguhnya riak dan takbur adalah sifat yang paling bodoh. setiap insan yang takbur akan ditarik nikmat dunianya oleh ilahi..sesungguhnya ALLAH maha adil.. :)

Izwan Pilus...JaNGaN PeRGi!!





           Dulu, saya memang gemar menonton Pertandingan Bintang RTM  kerana kebanyakan pesertanya mempunyai bakat yang tinggi..tidak seperti program TV yang lain. Dalam ramai-ramai peserta Bintang RTM, saya agak mengagumi Izwan Pilus. Hehe..sebab rambut dia cool! Memang tak pandang suara dah..XXP
            Apa yang mengecewakan, akhbar-akhbar tidak pernah menyiarkan berita-berita mengenai Izwan Pilus. Hanya satu akhbar sahaja. Dalam hati ada juga berhasrat untuk mengumpul berita dan gambar beliau..tapi..hmmm..tak tahulah. Barangkali akhbar-akhbar hanya menyiarkan artis-artis popular sahaja. Saya hanya dapat melihat Izwan Pilus tatkala beliau menjadi pengacara di mana-mana program.
            Hari demi hari, saya mula sibuk dengan menelaah pelajaran kerana peperangan PMR akan berlangsung. Sejak itu, saya jarang menonton TV. Tamat saja PMR, saya betul-betul terlupa akan Izwan Pilus. Sebaliknya, saya mula meminati artis-artis Korea. Hehehe…
            Pejam, celik, pejam, celik…tak sangka saya sudah menempuhi SPM!! Tak tahulah keputusannya macam mana nanti..XXD. apabila menjadi penganggur terhormat, barulah saya menonton TV sepuas-puas hati..yeahoo!! Saya alih ke TV1. Agak terkejut apabila melihat Izwan Pilus sedang mengacara program masakan (tak ingat program dan hari apa). Saya tersenyum melihat perubahannya; rambut hitam, sedikit tembam dan sasa.
            Saya kegum melihat Izwan Pilus. Bermula dari beliau mencedok kuah, menari-narikan jari ke nasi dan seterusnya menyuapkan makanan ke mulut…segala-galanya sangat tertib! Antara beliau dengan mana-mana pengacara program masakan, Izwan Pilus lebih sopan dan tidak gelojoh (macam pengacara TV lain).
            Kalau sebelum ini saya minat Izwan Pilus kerana luaran, kini saya ingi mengenali beliau dari sifat dalamannya. Semenjak menonton beliau mengacara program masakan itu, saya sangat yakin bahawa he’s a perfect Malay man! XP
            Hari Rabu (18/1/2012), saya dikejutkan dengan mimpi aneh. Esoknya pula, hati saya menjadi tidak keruan. Kenapa agaknya ya? Perasaan saya tiba-tiba bergelumang dengan rasa sedih. Cepat-cepat saya berdoa agar keresahan saya tidak ada kena-mengena dengan seseorang…
            Hari Jumaat (20/1/2012), saya mengambil ujian undang-undang jalan raya di pusat perlesenan bahagian Muar. Sepanjang menjawab soalan, hati saya berdebar-debar seolah-olah ada Sesutu yang tidak kena. Sebelum azan maghrib berkumandang, Yana mesej saya yang Izwan Pilus telah meninggal dunia pada 6.14 petang tadi. Saya terdiam dan tergelak kerana menyangka Yana sekadar bergurau. Tetapi, ketawa saya diiringi deraian air mata. Adakah Izwan Pilus benar-benar meninggal dunia?
            Esiknya, saya mencari surat khabar. Benar..benar kata Yana. Izwan dah meninggal dunia. Hendak menangis, air mata tidak keluar. Semenjak Izwan Pilus menonggal, hampir dua hari akhbar-akhbar menyiarkan gambar Izwan Pilus. Kecewa..kenapa baru sekarang hendak menyiarkan gambar beliau?!
            Izwan Pilus…aku bagaikan naik gila apabila mendengar Yana cakap kau sudah tiada. Aku berusaha berdoa pada ALLAH, berharap agar kau jangan pegi sebelum aku mengenali diri kau. Tapi…aku baru sedar. ALLAH lebih menyayangi kau. Aku redha..al-fatihah…

“setiap manusia memang begitu. Ketika seseorang masih hidup, mereka mengendahkannya. Apabila orang itu pergi tidak kembali, barulah terhegeh-hegeh hendak menulis hati dan perasaannya”

“hargailah mereka sementara mereka masih bernafas di muka bumi ini”