Saturday, 6 October 2012

SAKSI KEMALANGAN (part 1)

sewaktu saya dalam Darjah 6, memang terkenal dengan sikap panas baran (tapi tak pernah tunjuk selalu)..jadi tak ramai orang yang nak berkawan dengan saya..huwaa!! agak terserlah panas baran tu bila seorang kawan sekelas saya suka ganggu saya. setiap kali tengah baca buku, ada aje usikan dia..geram betul! dah maki2 pun masih tetap nak kacau..(errkk..lupa pula nama dia siapa)..




kawan saya tu memang seorang yang happy go lucky..perangai pun gila2 semacam..dia suka buli rakan sekelas yang kurang berkawan macam saya. saban hari dia minta 50 sen kat saya semata-mata beli snek kat kantin dan kedai di seberang sekolah SKBBL..disebabkan tak nak dia kacau, saya dengan murah hatinya berilah duit 50 sen tu..takpe..ada lagi balance 50 sen untuk tambang bas..(^_^)




satu hari tu, tak tahulah kenapa..dia minta 50 sen dua kali sebab nak beli sesuatu kat kedai di seberang jalan..pagi dan tengah hari..dan saya sekadar memberi sahaja sampai tak sedar yang duit tambang bas takde..tak tahulah..terasa pelik pula bila dia minta duit dua kali..haha!!
errk? tu pun pelik ke? **blurr




kebtulan pula di jalan raya tu tak banyak kenderaan..jadi senang budak2 sebaya saya ketika itu nak lintas jalan..tapi, air yang tenang jangan disangka takde buaya..masa kawan saya nak lintas tu, ada satu kereta meluncur laju dan terlanggar dia..




>,<'' saya tak dapat berkata2..hanya mampu melihat dia terbaring kat atas jalan..semua kawan sekelas kitorang menjerit2 panggil nama dia...saya dah terfikir bukan2 andai dia sudah...............warghh!!! tiga bulan juga dia terlantar di hospital..pada mulanya, dia dalam keadaan kritikal..tapi lama-kelamaan dia beransur stabil. sepanjang dia berada di hospital, tak seminit pun saya ziarah dia. bila dia dah masuk ke sekolah, saya menangis sebab takut kalau2 dia dah mati..haha!!




saya tak tahulah sekarang dia berada di mana..harap2 dia sihat dan dah ada girlfriend..ghahaha!!!

**kawan tidak semestinya merupakan seseorang yang rapat dengan kita, tetapi kawan ialah seseorang yang telah mengisi sekelumit kekosongan dalam jiwa. biarpun dia membuli mahupun mengherdik, dia sebenarnya adalah kawan kita. kenapa? kerana dia tidak membiarkan kita berseorangan meskipun dengan cara itu salah..renung2kan..
(^_^)v




1 comment:

  1. nama dia fahmi...kau kenallah!

    ReplyDelete