Sunday, 14 October 2012

DIA SEPUPU DIA SAHABAT...

terpulang kepada anda sama ada anggap cerita ini benar atau rekaan kerana saya hanya ingin jelaskan sesuatu...


dia bukanlah adik-beradikku..kami merupakan sepupu..tapi sudah rasa seperti adik-beradik kandung..kami sentiasa bersama sejak kecil lagi..jarak antara umurku dengan dia ialah 8 tahun..jauh kan? patutnya layak dipanggil abang, tapi aku tidak memanggilnya begitu.. kami sekadar memanggil nama panggilan..nama panggilanku "pendek" manakala nama panggilannya "galah"..haha!! dia suka buli saya..setiap hari juga saya mesti kalah dengan pembulian dia..=3= sabo jela...




sampailah di suatu hari, saya dapat tahu yang dia mengidapi penyakit kanser tahap ke-3...kami semua langsung tak tahu dia sakit, mak dia pun tak tahu juga..bijak betul dia sembunyikan sakitnya dengan keceriaan dia, kan? meskipun hati pedih dengan sikap perahsia dia, tapi saya masih tetap menjaganya.



dia memang jenis yang susah nak makan ubat, apatah lagi nak mengalas perut..mungkin kesan daripada kimoterapi dan ubat menyebabkan dia hilang selera makan..tapi saya masih jua memaksa dia makan meskipun dia sering menghamburkan kata-kata kesat..=3=



lupa pula nak beritahu..dia seorang guru BM..guru yang sangat garang..kimoterapi menyebabkan dia terpaksa tinggal di hospital selama berbulan-bulan (budak2 dia mesti bertepuk tangan punya)..apa yang membuatkan saya rasa terharu bila dia..................








dia sakit...sakit yang saya sendiri tak pasti bagaimanakah rasanya..tapi dengan kudrat yang masih ada, dia tetap menanda buku anak2 muridnya...sangat terharu!! dalam keadaan masih sakit, dia still fikirkan anak2 muridnya..sememangnya dia sepupu yang baik...sepanjang dia menghidap kanser, emosi dia sering terganggu..




dia makin kerap marah2 dan kadang2 suka menyendiri...saya pula jenis yang risau tahap melampau..jadi saya tak henti2 ikut dia ke sana ke mari sebab risau kalau2 sakit dia datang secara tiba2..banyak kali dia marah dan hampir naik tangan kepada saya, tapi saya masih setia ikut dia...saya juga terpaksa jaga 'pantang' pemakanan dia sebab dia suka betul melanggar pantang..kerap kali juga dia pengsan juzt sebab makan makanan pantang..bila difikirkan balik, susah juga jaga orang sakit ni, kan?




dia seorang sepupu yang sangat perahsia..dia sanggup simpan sampai diri sendiri derita semata2 tak nak orang lain risau..disebabkan itu, saya sering berasa curiga bila ditanya dia sakit tak, dia akan jawab "ok"..sangat2 curiga...saya tahu dia menipu kerana tak mahu saya terlebih risau..




setahun dia menderita kanser...tak pastilah kenapa masih jua tak sembuh..hari berganti hari, bulan berganti bulan...tak sedarpun aidilfitri hampir menjelang...dua minggu sebelum hari raya, tiba2 aje dia minta sesuatu yang pelik...



saya sekadar mengikut sahaja kehendak dia...namun, seminggu sebelum raya itu pula, saya dapat berita yang kurang menyenangkan...




bergegas saya ke sana dengan kakak..dia memang koma dan sangat tenat..kata ibunya, dia tiba2 pengsan setelah muntah darah ketika sedang mengajar anak muridnya..saya menunggu dia sedar..dari petang hinggalah malam..belum sempat melangkah ke luar bilik wad, tiba2 saja dia tunjukkan reaksi...





kuat betul rentapan tangannya, membuatkan saya sukar untuk bergerak..dan bermula saat itu, saya menyaksikan sendiri dia menghembuskan nafask=nya yang terakhir...dia 'pergi' dan masih jua memegang tangan saya..sakit...sangat sakit dia genggam tangan ni..seolah2 menunjukkan yang dia terangat sakit menghadapi kematian...

:'(
dah 3 bulan berlalu...saya rindu saat2 menjaga dia..saya rindu memberi dia makan ubat..saya rindu saat2 dia buli saya, panggil saya "pendek2"...hahha!! rindu sangat2..bila difikirkan balik, biarlah dia berehat di sana...saya merelakan dia pergi daripada melihat dia menderita..

saya redha.....

**pengalaman menjaga orang sakit amat mencabar..melibatkan emosi, hati, perasaan dan kecekalan hati...jika sudah ada satu pengalaman itu, senang untuk kita teruskan kehidupan..rnung2kan..






5 comments:

  1. Yayah..rezeki dalam bentuk pengalaman tu kan?..
    kalau rindu saat2 itu, atau rindu kan dia..cepat2 sedekahkan alfatihah..seikhlas hati dengan yakin Allah lebih mengetahui segala2nya..insyaallah kurang beban rindu itu ya..cuba la

    ReplyDelete
    Replies
    1. ;'))
      rindu sangat2...terima kasih ya!!
      ^_^
      yoshh!! teruskan hidup..xD

      Delete
  2. nangis akak baca... AlFatihah utk dia..

    ReplyDelete