Saturday, 2 June 2012

PESAN USTAZ MANAN

assalamualaikum..haaiihhh.....terasa sedih pula bila dapat tahu guru subjek Pendidikan Islam saya, Ustaz Manan sudah berpindah ke Terengganu, negeri kelahirannya jumaat lalu. agak kecewa juga sebab tak ada sesiapapun beritahu saya tentang tu, jadi saya tak sempat nak ucap selamat tinggal kat ustaz..geng batch form 5 2011 pun tak tahu perihal tu..hmm...tak apalah..

 ustaz manan mengajar saya subjek Pendidikan Islam sejak saya di tingkatan 2 lagi. dan tak sangka pula bila masuk tingkatan 5, ustaz sekali lagi mengajar saya. antara tingkatan 2 dengan tingkatan 3, saya paling ingat peristiwa tingkatan 2 sebab masa tu adalah tahun saya yang paling banyak bermasalah dalam pelajaran. prestasi ujian, jangan tanyalah. dahlah tak pandai, malas nak buat kerja sekolah pula tu...memang teruk dan saya anggap tahun tu adalah tahun kegagalan saya. mungkin pertama kali saya duduk dalam kelas pertama iaitu 2RK1, jadi saya tak berapa biasa belajar dalam suasana kelas cemerlang dan berkawan dengan pelajar2 cerdik pandai..hahax! (sebab tu saya taklah pandai sangat dan lebih suka duduk dalam kelas kedua atau kelas ketiga sepanjang tahun).

cikgu2 subjek saya selalu komplen dan marah2 kat saya. kadang2 sampai ke satu tahap, ada yang kata, "Jangan terlalu nak jadi bodohlah, Dayah!!" agak sakit hati dengar makian tu tapi saya tetap tak berubah sebab kalau boleh tahun depan nak masuk kelas 3RK2. tapi berbeza dengan ustaz. banyak kali saya tak ikut apa yang dia suruh, tapi ustaz tak pernah marah malah dia still senyum, senyum, dan senyum..







ustaz selalu bergurau dengan kitorang..dan kadang2 juga saya selalu spoilt-kan waktu pengajarannya seperti...










ketika tingkatan 2 juga, saya menghadapi banyak masalah..saya tak tahu nak kongsikan masalah kat siapa..dengan kawan, saya tak ada kawan rapat dalam kelas 2RK1 tu..nak mengadu kat cikgu, jauh panggang dari api. ustaz sajalah yg saya rasa patut saya mengadu. seperti semua orang tahu, saya lebih dikategorikan sebagai anti-lelaki (kurang bergaul dengan lelaki secara depan2). jadi, saya kurang berbual dengan ustaz, apatah lagi nak bertanya soalan. disebabkan sikap pelik saya tu, terpaksalah saya buat cara macam ni.....







bila difikirkan balik, cara saya tu memang kurang sopan, tapi ustaz masih sporting menjawab soalan saya..dan sampai sekarang saya masih ingat pesanan2 ustaz setiap kali saya memberi surat soalan itu, iaitu:


  • jika setiap kali kita menghadapi masalah dan kita tak dapat berfikir bagaimana jalan penyelesaiannya, cubalah solat istikharah. jangan menganggap solat sunat ini sekadar untuk memilih jodoh yang sesuai..tetapi sebenarnya solat istikharah adalah satu perhubungan antara kita dengan ALLAH. solat ini tidak akan terbatas dengan dosa2 kita..dan disebabkan itulah setiap kali kita memohon sesuatu kepada ALLAH, segala doa kita akan diampunkan. percaya kepada ALLAH. yakin pada DIA...

  • jangan terlalu memikirkan perkara yang tidak lagi berlaku. perasaan dan perkara itu takkan jadi satu masalah apabila kita ketepikan perihal tersebut dari hati kita.

  • cara untuk menenangkan jiwa dan menghindarkan fikiran bercelaru ialah hati sentiasa berzikir, bermuhasabah diri dan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.

  • jangan terlalu mempercayai amalan khurafat yang sering tersiar di dalam drama seram. sebaliknya jadikan cerita itu sebagai satu teladan supaya kita sentiasa menguatkan iman kita. kalau boleh, jangan rasa takut dengan hantu, syaitan dan iblis kerana mereka semua adalah makhluk terhina.

saya masih lagi simpan soalan2 saya..dan saya harap saya akan mengikut pesanan ustaz...mungkin ustaz dah tak lagi berkhidmat dalam SMK (P) SAB lagi dan dah tak lagi mengajar saya, tapi pesanan2 ustaz setiap kali mengajar kami akan sentiasa tersemat dalam fikiran...

ustaz manan..jangan lupakan kami batch form 5 2011!~~







seperti semua kawan2 facebook saya tahu, sejak minggu terakhir bulan Mei, saya mengalami perasaan yang agak aneh, iaitu rasa sedih tanpa sebab...alhamdulillah, ada kawan facebook saya menyelesaikan masalah saya. dia mengesyorkan saya supaya menunaikan solat sunat istikharah. katanya, jika kita berada dalam masalah, segera solat istikharah. sebaik-baiknya solat pada waktu malam. setelah solat, lakukan beberapa langkah seperti:

  1. berasa yakin bahawa solat istikharah tidak melibatkan dosa dan pahala kita kerana solat ini antara kita dengan ALLAH.
  2. ambil al-Quran dan baca surah al-Fatihah, surah tiga Qul dan Ayatul Qursi kerana kelima-lima surah ini adalah doa.
  3. selawat ke atas nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali.
  4. tutup al-Quran.
  5. niatkan dalam hati apakah tujuan kita menunaikan solat istikharah. jika kita berada dalam masalah rumah tangga, niatkan dalam hati bagaimanakah caranya untuk kita mengekalkan perhubungan. tapi ingat, niat dengan rasa yakin kepada solat istikharah itu.
  6. buka al-Quran secara spontan secara perlahan-lahan.
  7. baca ayat pertama al-Quran yang kita telah buka. baca sehingga faham maksudnya kerana di situlah jawapan kepada niat kita.

saya sudah melakukannya. alhamdulillah. masalah saya sudahpun terjawab. kepada Shahren A Malek, terima kasih kerana berkongsi ilmu ini..
(^_^)V

2 comments:

  1. baik ustaz manan tu... huhhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa...mesti rindu dia lepas ni
      T^T

      Delete