Friday, 22 June 2012

DRAMA DI PERHENTIAN BAS

assalamualaikum..hehew!! serius, seronok jadi pelajar tingkatan 6 ni! lagi seronok bila dah ada cikgu yang mengajar kami seni visual..yeeaahhooo!! owh..okey2, hari ni tak mahu cerita tentang silibus tingkatan 6, tapi nak cerita tentang 1 kejadian yang berlaku di Perhentian Bas sebelah MP Muar kira2 minggu lepas. semua ni berlaku bila ada seorang budak tegur saya..



budak tu memang comel! disebabkan bas belum datang lagi, saya berborak kosong dengan budak tu..tapi ayah dia diam aje..tak tahulah kenapa..dia cuma senyum & pandang sekeliling dia. bila dah terasa penat berborak, budak tu pandang ayah dia lalu berkata...



saya tak berapa faham apa yang budak tu maksudkan. bila dia tanya soalan pelik tu, ayah dia tenang aje jawab..tapi lepas tu, saya tersedar ada air muka pelik pada muka ayah budak tu...





apa agaknya perasaan tersirat yang ayah budak tu cuba sorokkan ek? korang rasa, apa? pada pandangan saya, dia seolah-olah sedang menipu sesuatu. dia menipu budak tu..tapi kenapa ek? apa sebenarnya yang dah berlaku? woo...tiba2 aje jadi budak jaga tepi kain orang..hahax!!

lepas tu, saya start berangan entah sampai ke pelusuk mana entah sampai tak sedar ada perkara aneh berlaku...




ramai yang menyaksikan pergaduhan antara mereka berdua..budak tu yang tadinya ceria terus menangis dalam dakapan ayah dia..perempuan berambut pelik, entah dari mana ceruknya asyik menarik tangan budak tu..entahlah..apa agaknya masalah diorang ek? budak tu agak lama menangis sampai suara dia hilang sebab jerit nama ayah dia..diorang bergaduh agak lama dan aksi tarik menarik tu akhirnya tamat. budak tu berada dalam dakapan.......................



bila pergaduhan tu habis, ayah budak tu meraung2 panggil nama budak tu (rasanya kot) sampai dia melutut ka lantai stesen bas tu..first time saya tengok seorang bapa menangis kerana seorang anak di depan mata sendiri..ayah budak tu masih menangis sampailah bas saya tiba. agak sayu tengok keadaan ayah budak tu..rasa macam nak pergi tenangkan dia, tapi entahlah...rasa macam ada satu magnet yang suruh saya jauhkan diri daripada ayah budak tu sebab nak bagi dia tenangkan diri sikit..




entahlah kan? tiba2 aje buat enrty sedih pula minggu ni..hahax! sorry ya. bukan apa..lepas tengok drama real tu, saya mula terfikir, sebenarnya kasih sayang seorang bapa sama tinggi dengan kasih sayang seorang ibu. jadi, tak patut kita sekadar mengasihi ibu sahaja, sebaliknya kasih juga kepada bapa. saya masih tertanya2 apakah yang telah berlaku dalam keretakan rumah tangga ayh budak tu tapi saya berharap agar mereka semua tu tak bermusuhan dan masih ada harapan untuk berdamai kembali..


**kebahagiaan dalam institusi kekeluargaan akan lebih berkekalan sekiranya semua ahli keluarga saling memahami dan saling bertolak ansur. jika penceraian telah dimeterai, janganlah berkelahi. sekurang-kurangnya jauhkan diri daripada anak2 jika ingin berbincang tentang perhubungan kerana anak2 lebih kerap tertekan kerana sikap ibu bapa sendiri...




2 comments: