Saturday, 23 June 2012

DAYAH, BANGUN!! ADA ULAR!!

assalamualaikum, entah kenapa tercepat pula buat entry baru ni..sebab minggu ni memang banyak perkara yang dah berlaku kat saya..huh. dalam banyak2 perkara, saya nak cerita tentang satu tragedi ni..ni berlaku masa saya dan kawan2 form 6 tengah makan2 sebelum pergi rehearsal untuk kejohanan balapan sekolah. tengah best2 makan, tiba2 seorang daripada kitorang buat ekspresi muka yg aneh..




dua kawan saya terkejut & tiba2 aje angkut makanan jauh2 dari meja kitorang saya tak syak apa2 sebab memang dah biasa nampak budak2 sekolah ni takut bila terpandang binatang comel macam kucing. jadi, saya ingatkan diorang takut tengok kucing...rupa2nya...................



bila dengar aje perkataan 'ular', saya terus bangun dari meja tu & tinggalkan nasi kari saya..perut memang dah kecut habis dah, selera makan pun terus hilang. saya curi2 juga tengok ular tu, tapi terus kaku tak dapat gerakkan badan..ahax!



keadaan kat kantin memang huru-hara sikit sebab kitorang menjerit2 sampaikan budak lower form datang & tengok apa yg dah terjadi..kitorang mengadu kat makcik kantin..dengan gaya macam pahlawan, makcik tu bersiap sedia dengan mop & penyapunya..xP




dengan kudrat makcik kantin, ular tu mati dengan tenang..ahax (terima kasih makcik!). apa yang paling tak menahan, kawan saya sambung makan nasi kari dia masa makcik kantin tu bertarung dengan ular..perghh!!! berselera pula dia ni. keesokan harinya, perhimpunan rasmi kitorang diisi ilmu cara2 menangkap ular oleh ahli JPAM.....aik? macam tahu2 aje kitorang dah kena..=,=''

agak kecut perut bila ahli JPAM tu cakap, kalau terjumpa ular berwarna hitam (macam ular yg kitorang jumpa tu), terus bunuh sebab tu ular berbisa..eeerrrkkkk???? SPEECHLESS!




sekiranya korang mengalami peristiwa macam saya, tengoklah video ni & tengok langkah2 yg perlu korang buat demi keselamatan diri & semua orang...><"








**kadang2 ALLAH sengaja menguji tahap keberanian kita supaya DIA mahu kita lebih berhati-hati terhadap sesuatu yang bakal menimpa kita pada masa hadapan...jadi, bersyukurlah kepadaNYA seandainya kita menghadapi detik2 menakutkan sepanjang hidup ini..

(^_^)v
hidup mesti sempoy~

6 comments:

  1. Ish acane ular bley ade kat kantin tu
    takut je.. ssssttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu la..ular tu muncul tiba2 je..eeiii...takot!!!
      **makan kat koperasi je la..><

      Delete
  2. fuyoooo...!! pecah rekod!!xpernah ada ular kat sek tu pon!

    ReplyDelete
  3. huwaa!!!
    kenapa ar time orang juga ular ue muncul...T^T

    ReplyDelete
  4. Hehehe huwaa teringat aku tangkap ular guna tali hehe :)

    ReplyDelete