Tuesday, 29 May 2012

"MAK, NENEK ITU APA?"

Pada tahun 2001, di kelas darjah 1 Maju...










Beberapa minit selepas tiba di rumah,....






ketika saya darjah 1, saya tak tahu langsung apa itu "nenek" sebab sejak dilahirkan lagi, saya tak sempat merasai belaian seorang nenek..haha!!


**kita kena perkenalkan anak2 dengan semua keluarga termasuklah saudara yang telah meninggal dunia. kalau tak, macam inilah jadinya..











saya ambil masa 4 hari untuk menghabiskan pembacaan buku agama ni. Bebas Dari Belenggu, tajuknya kalau sekali imbas memang nampak tak menarik, tapi bila mendalami tulisan karya Dr, Azhar Hj, Sarip, dakwah yang beliau sampaikan sedikit sebanyak memberi ilmu agama kepada saya. Dalam 61 kupasan cerita, bab berkenaan doa agak menarik tumpuan saya..

Dr. Azhar mengatakan bahawa doa akan mudah termakbul jika kita berdoa secara tertib sama seperti Rasulullah SAW. Ia perlu dimulakan dengan pujian kepada ALLAH, diikuti dengan Asma'ul Husna, memuji kebesaran ALLAH dan kemudian barulah doa yang kita mahu pohonkan. Ketertiban doa seperti ini sama seperti surah Al-Fatihah (sila rujuk dan bandingkan doa-doa yang selalu kita pohonkan selepas solat).

Tak semestinya berdoa secara tertib macam tu, doa akan terus termakbul. Jadi, kita perlu menanamkan rasa keyakinan diri kepada ALLAH dan meyakini bahawa ALLAH-lah Maha Pencipta teragung di alam semesta. Berbekalkan ketertiban doa dan keyakinan terhadap Maha Pencipta, insyaALLAH doa mudah termakbul.

okey, itu saja saya nak kongsikan. kalau nak tahu lagi, cubalah beli buku ni. saya jamin korang takkan rasa rugi..
(^__^)V


No comments:

Post a Comment