Wednesday, 9 May 2012

KeNaPa KiTa MeSTi SaYaNG CiKGu?

Dalam setiap sekolah, saya rasa hampir 80% pelajar mengutuk cikgu mereka sendiri hanya kerana salah faham dengan perbuatan cikgu terhadap mereka. Sebenarnya, tak semua tindakan cikgu tu teruk. Sebagai bekas pelajar, saya rasa ini tanggungjawab saya untuk membetulkan pemikiran semua adik2 kesayangan saya ni tentang perbuatan cikgu dan secara tak langsung insyaALLAH masing2 akan tahu kenapa kita mesti sayang cikgu. Saya harap agar keterangan dalam beberapa situasi ini dapat menyedarkan semua termasuk saya sendiri..
maaf atas kesalahan tatabahasa & ayat..(^__^)


KENAPA SAYA MESTI SAYANG CIKGU??

Situasi 1

Setiap kali aku buat salah sikit, cikgu mesti nak denda aku. Kadang2 kalau bukan salah akupun, cikgu masih nak tuduh aku yang bersalah padahal sudah terang-terangan yang semua tu bukan salah aku. Kalau setakat diri atas kerusi tu aku boleh terima lagi, tapi cikgu tu rotan aku lebih sepuluh kali! Tangan aku sampai bengkak teruk dan aku tak mampu nak menulis. aku benci gila dengan cikgu! Balik rumah aje, aku terus mengadu kat mak abah. Diorang marah2 dan nak saman cikgu. haha..Puas hati aku tengok cikgu tu terkial-kial nak bayar saman. Padan muka!
Cuba korang fikir betul2 kenapa cikgu rotan korang? Siapa yang bersalah sebenarnya? Koranglah yang bersalah kerana tak mengikut arahan. Cikgu merotan bukan sebab nak menganiaya korang, cuma nak beri peringatan untuk korang supaya tak mengulangi kesalahan lagi. Kalau tak kena rotan, korang boleh ke berubah? Mustahil kan? Kalau cikgu tuduh korang bersalah, cuba terangkan kepada cikgu dengan baik. Jangan simpan dalam hati dan kemudian kutuk2 cikgu pula padahal cikgu tak tahu apa2. Lagi satu, tak perlulah nak bersaman-saman ni. Aku yang pernah kena denda lari keliling padang sepuluh kali pun tak pernah guna saman2 ni. Orang yang gunakan saman ni sebenarnya nak tunjuk dialah paling berkuasa aje. Kalau rasa korang macam tu, lebih baik bertaubat sebab ALLAH melaknat orang yang riak2 ni.



Situasi 2



Aku benci betul bila tiba subjek tu sebab cikgu tu ajar tak best. suara cikgu tu macam tenggelam timbul aje. Kadang2 tak dengar langsung padahal aku duduk depan lagi. Dahlah suara slow, mengajar kitorang pun slow juga. Lepas tu, cikgu ambil masa sebulan nak tanda buku kitorang. Tension seyh!! Aku memang berhasrat sangat nak minta kat pengetua supaya dapat tukar cikgu. Aku benci bila cikgu tu mengajar kelas aku, tak boleh terimalah! Aku rasa aku sanggup tukar kelas daripada menghadap cikgu tu.
Cuba korang fikir, cikgu pun manusia biasa juga. Cikgu pun ada banyak kekurangan macam korang. Takkan disebabkan kekurangan cikgu, korang mula rasa benci?? Cuba korang fikir lagi, cikgu tak pernah meluahkan rasa benci tengok kekurangan korang, malah cikgu menerima segala kekurangan korang. Sebagai manusia berfikiran waras, kita kenalah memahami bahawa tidak semua orang sempurna dalam dunia ni. Jadi, takkanlah korang masih tak dapat memahami kekurangan cikgu??



Situasi 3



Homework, homework, homework! Aku benci betullah dengan binatang homework tu. Menyampah aku bila cikgu bagi kitorang homework. Kalau bagi sikit, tak apalah juga. Ni bertimbun-timbun macam Gunung Everest!! Perghh..agak2 la bila nak bagi homework. Aku sampai tak ada masa berehat. kalau homework pun dah berlambak macam ni, alamatnya sampai ke subuhlah aku tak habis siap. Benci seyh cikgu ni!!!
Cuba korang fikir. Sebenarnya, kejayaan dalam peperiksaan asasnya bermula daripada homework. Homework ni adalah latih tubi korang bila setiap kali cikgu bagi bab baru. Bukan salah cikgu kalau korang merungut homework terlalu banyak, tapi salah korang sendiri. Sebab cikgu bagi homework supaya korang berlatih menjawab soalan, nanti korang sendiri yang akan mahir menjawab soalan yang sesuai dalam peperiksaan nanti. Tugas korang cuma tingkatkan usaha aje. Lagipun, cikgu bagi homework sebab taknak korang cepat terlupa dengan apa yang cikgu ajar kat korang. Jadi sebab itu la cikgu bagi banyak homework. Hasilnya nanti korang sendiri yang peroleh. So, takkanlah sebab homework (yang menggambarkan usaha korang tu) aje, korang terus benci cikgu??



Situasi 4


Hari tu aku pakai T-shirt Harimau Malaya masa kelas tambahan hari Sabtu. Belum sempat aku masuk sekolah, cikgu paksa aku balik rumah suruh aku salin baju T-shirt sekolah. Menyampah betul! Bukannya aku pakai baju seksi, baju kebanggaan Malaysia juga! Lepas kejadian tu, aku tunjuk protes kat cikgu tu. Aku hasut semua kawan aku pakai baju bebas selain daripada T-shirt sekolah. Biar cikgu tu sedar yang dia tu tak layak tegur aku!! huh!!!
Pertama sekali, aku tanya korang. Korang pandai mengeja kan? Pandai membaca kan? Jadi, mustahil korang tak reti baca peraturan sekolah. Kalau dah terang-terangan sekolah korang tak benarkan korang pakai baju selain t-shirt sekolah, korang ikut aje la protokol tu. Kenapa mesti nak langgar peraturan?? Lagi satu, bersyukurlah sikit bila cikgu tegur kesalahan korang, belum lagi cikgu kenakan denda. Sebab cikgu beri korang peluang untuk berubah, bukan beri peluang untuk korang hancurkan peraturan sekolah. Protes2 ni adalah amalan untuk orang bodoh aje. Jadi, korang nak ke tergolong dalam manusia macam tu? Cikgu tegur sebab nak mendidik korang mematuhi peraturan supaya korang jadi manusia yang tinggi disiplinnya. Takkanlah kerana didikan, korang terus menyampah dengan cikgu???



Situasi 5


Bila aku tak datang sehari dua, cikgu mesti minta aku surat MC, tak pun surat ketidakhadiran. Kadang2 bila aku sakit dan tak pergi klinik, cikgu marah2 aku tak tentu pasal. Lepas tu, paksa aku datang kelas tambahan pula. Dia tak tahu ke aku tak sihat masa tu?? Kenapa nak tengking2 aku pula?? Nak buat apa aku pergi kelas tambahan padahal dah terang lagi bersuluh yang markah peperiksaan aku semakin hari semakin bagus. Dia ingat aku bodoh ke bila tak datang sekolah beberapa hari??
Cuba korang fikir, tak semestinya cikgu marah korang sebab tak datang sekolah, cuma bimbang bila korang sakit tapi tak ke klinik untuk buat pemeriksaan. Cikgu marah2 korang sebab cikgu taknak korang datang ke sekolah dalam keadaan sakit dan secara tak langsung menggugat tumpuan korang masa belajar. Setiap kali korang tak datang, cikgu buat kelas tambahan kerana tak mahu korang keciciran dalam pelajaran tatkala korang tak hadir tu. Mungkin korang pandai bila ada kelas tuisyen kat luar, tapi sepatutnya korang berasa bertuah kerana cikgu ambil berat terhadap pelajaran korang, ambil berat kat kesihatan korang. Tapi pernah tak korang ambil berat terhadap kesihatan cikgu??



Situasi 6


Suatu hari, aku betul2 tertekan sejak dapat dugaan berkenaan keluarga aku. Aku stres sampai rasa macam taknak pergi sekolah lagi. Banyak kali juga aku ponteng kelas dan banyak kali juga aku kena tangkap dengan cikgu. Masa dalam tahanan tu, cikgu paksa aku ceritakan masalah aku. Kenapa cikgu nak menyibuk hal aku ni? Kalau aku cerita pun, dia mustahil faham dan takkan rasa apa yang aku alami! Aku paling menyampah dengan cikgu yang busy body ni la!!
Sebelum tu, cuba korang tanya cikgu2 korang, berapa umur cikgu? ada >30, >40 dan >50 tahun kan? Padahal korang baru aje dalam lingkungan 7-18 tahun, dugaan pun baru sekecil zarah. Cuba korang fikir, dengan umur cikgu tu, cikgu lebih banyak dugaan daripada korang. Bukan setakat cikgu aje, malah makcikpakcik dan ibubapa korang pun banyak hadapi dugaan sepanjang usia bertambah tu. Cikgu bukannya paksa korang ceritakan masalah, cuma cikgu taknak korang terlalu pendam masalah sampaikan pelajaran pun terganggu. Korang kena ingat, pelajaran adalah jalan utama buat korang tentukan ke mana hala tuju korang bila dah besar nanti. Cikgu nak korang luahkan masalah korang supaya korang tak fikir masalah tu sampaikan pelajaran pun terganggu. Takkanlah keprihatinan pun buat korang benci cikgu??





So, kalau selalunya korang buat cikgu marah, cuba lepas ni korang buat cikgu gembira. Jangan menghukum cikgu dengan kesalahan korang. Dan bukan bermaksud saya salahkan 100% kat korang. Saya cuma nak korang sedar dahulu diri sendiri sebelum menuduh cikgu yang bersalah. Fikir dahulu pokok pangkal kenapa cikgu berbuat demikian kat korang. Korang kena ingat, maruah korang akan terjaga bila korang sendiri dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.




korang rasa tak puas hati dengan kata2 saya? okey, saya minta maaf sebab ayat2 saya tadi memang agak kasar sikit..tapi cuba korang buka link ni dan baca..fahamkan betul2 dan fikir dengan baik kenapa kita mesti sayang dan hormat cikgu..




"jangan sesekali berprasangka buruk dan terlalu cepat membenci cikgu tanpa berfikir kenapa perkara itu terjadi. kebanyakan perkara yang berlaku adalah daripada kesilapan kita sendiri. cikgu cuma menegur kesalahan kita dan mahukan kita buat yang terbaik. jadi, tidak adil jika kita 100% menyalahkan cikgu lalu terus menerus membenci mereka. kita kena ingat, cikgu ibarat ahli ilmu yang dijanjikan ALLAH akan mendapat ganjaran di akhirat. cikgu ibarat ibu bapa. jika kita menyakitkan hati cikgu, samalah dosanya kita menyakitkan hati ibu bapa sendiri"

-terima kasih kerana membaca-
-maaf andai ayat saya di atas mengguris perasaan korang-


**cartoon credit to: <<Students 'High' Class>>





2 comments:

  1. huhuhu... tak terbalas jasa cikgu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, uncle..
      huk2..rindu cikgu sekolah rendah..
      (T___T)

      Delete