Friday, 18 May 2012

BATUK BERDARAH??

assalamualaikum..hahax! jangan takut bila baca tajuk entry kali ni. bukan saya yang batuk berdarah tau. i'm fine, thank you..hahax! entry kali ni memang seram sikit (kejap2..bulu roma meremang tiba2)..semua ni terjadi masa saya tingkatan 5, time tu tengah tunggu bas Mayang Sari..disebabkan tak ada tempat kosong, saya terpaksa duduk sebelah seorang budak sekolah. saya mengaku, memang anti-lelaki sikit, so bila terpaksa duduk sebelah lelaki, memang tarik muka habislah..haha! (sebab tu kot saya lebih selesa sekolah semua perempuan tapi tak berakna saya ni suka kaum sejenis, okey!!!)..





budak lelaki tu macam dalam anggaran budak tingkatan 3 (kot)..tak tahulah tapi agak tinggi daripada saya..=,='' nampak gaya dia macam pelajar cemerlang (chewaahh!) sebab tangan dia penuh dengan buku2..beg pun macam berat aje..tapi apa yang buat saya rasa pelik bila tengok budak tu pucat semacam. dalam kepala, memang dah fikir macam2 dah. takut kalau budak tu hhiiiieeehhhiiieeehhiiieee (faham2 la)..tapi bila jeling2 kat bawah, owhh ada kaki..sah dia oranglah tu..hahax!





masa duduk sebelah budak lelaki tu, dia banyak kali batuk2. teruk juga dengar batuk dia. macam ada kahak aje dalam kerongkong dia tu. disebabkan saya kena jaga kesihatan sebab peperiksaan percubaan SPM tengah bermula, saya duduk jauh2 dari budak tu. budak tu perasan saya jauhkan diri daripada dia, tapi dia buat muka steady aje..





setengah jam kemudian, bas pun dah sampai. belum sempat nak bangun, ramai orang bangla dah serbu bas tu..URGHH!! geram betul, jadi saya dan budak lelaki tu tepaksa tunggu belakang orang2 bangla yang berebut2 nak naik bas tu (macam ada diskaun 90% aje)..=,='' masa tunggu tu, tiba2 aje budak tu batuk2 dan kemudiann.......................





gerun! darah dia pula terpercik sikit kat tudung saya. warghh! tak tahu nak buat apa melainkan tengok budak lelaki tu rebah kat tar jalan. nak tolong tapi kaki macam dah kena gam tiba2. semua orang panik tapi ada 2-3 pakcik datang tolong budak lelaki tu. dan kemudian ramailah berkerumun menyaksikan budak lelaki tu (tak pasal2 jadi famous terus)..





balik rumah aje, saya terus pergi bilik air dan terus cuci tudung sekolah, tak nak tunjuk kat mak. nak cerita kat mak pun tak boleh sebab masih terkejut. harap2 budak lelaki tu sihat sekarang ni..tapi bila saya cari laman web berkenaan muntah darah, mungkin budak lelaki tu mengalami penyakit kerosakan hati atau ulser peptik atau lebih menakutkan lagi kanser peparu. eeii...harap2 budak lelaki tu sihat wal'aiat sekarang. doakan dia sihat ya.






dengar cerita, pelakon idola saya, Adi Putra dah bercerai dengan isteri dia, Aida Yusuf.. sama-samalah kita berdoa agar Adi Putra dan bekas isteri dia dapat mengharungi dugaan rumah tangga masing-masing dengan tabah..T^T






*mendoakan orang lain lebih baik daripada mendoakan diri sendiri. tetapi pastikan doa benda-benda baik tau..^^




2 comments: