Monday, 7 May 2012

aKiBaT TiDuR DaLaM BaS

assalamualaikum...
masa saya naik bas mayang sari ni, saya teringat satu peristiwa yang paling membengangkan diri sendiri dan kebetulan peristiwa tu terjadi di tempat duduk yang sama dengan tempat duduk saya..ketika tu tak silap saya dalam tingkatan 1 lagi (kot)..disebabkan saya tak ada kenderaan balik, saya terpaksa jalan kaki dari SMK (P) SAB ke perhentian bas sebelah MPM..dan inilah bas tambang yang saya selalu naik sepanjang 5 tahun ni...


bas yang banyak berjasa..(^_^)


kebetulan pula pada tahun tu, imigran penduduk luar negara agak ramai sampai bas pun penuh aje mamat2 Bangladesh, Myanmar & Indonesia..masa tu, memang terasa macam saya kat negara lain...=,='' disebabkan duit pernah kena songlap dek ketiga2 pendatang ni, saya mula benci diorang..dan entah kenapa pula la masa tu juga ada seorang mamat Myanmar duduk sebelah saya..arghh!! benci!





serius, benci tahap melampau memaksa saya untuk terus tak tersentuh dek lelaki Myanmar tu, termasuklah baju sekolah saya sekali..saya sanggup berkepit di tepi tingkap macam orang duduk tak muat padahal sudah terang lagi bersuluh yang lelaki Myanmar tu dah bagi space cukup2 untuk saya letak beg..tapi saya saja buat2 tak nampak..

bas 05 (sungai abong-parit ulu-pekan bakri) kena lalu kawasan pekan dan ambil masa 45 minit untuk sampai ke kawasan perumahan saya di Bakri sana..oleh kerana masa masih lama, mata saya mulai rasa mengantuk yang teramat. mana tidaknya, baru tingkatan 1 sudah pandai tidur lewat 2 pagi semata-mata tengok tv..





dan saya ambil kesempatan waktu tu dengan tidur sekejap..saya tak tahulah berapa saat entah tiba2 aje saya terus tidur nyenyak sampailah.......................







apa yang pelik, lelaki Myanmar tu langsung tak kejutkan saya..mujurlah saya terbangun bila Pak Ya (driver bas) bunyikan hon..urghh!! perasaan malu sebab tertidur atas bahu pendatang asing memang memalukan! masa saya turun bas, semua mata dalam bas tu tertumpu ke arah saya..>,<'' sejak tu, saya tak nak naik bas tambang sebulan, jadi minta kakak jemput saya balik..sebulan kemudian, barulah saya balik naik bas semula..hehew!!





tapi...alamak!! masa tu jugalah saya terserempak lagi dengan lelaki Myanmar tu...masa bertembung tu, lelaki Myanmar tu senyum2 aje kat saya manakala saya pula tutup muka dengan fail..dari jauh saya dengar dia cakap2 sesuatu dengan kawan dia..kawan dia pandang saya dan tersenyum juga..urghh!! mesti lelaki Myanmar tu ceritakan peristiwa saya tertidur atas bahu kat kawan dia tu..MALUNYA!!!





bila dah terkena ni, saya sentiasa bawa gula2 hack's dengan mentos dalam kocek baju sekolah sebab tak mahu tertidur dalam bas lagii...biarlah peristiwa ni pertama dan terakhir buat saya.X(




**Perasaan benci adakalanya akan memakan diri sendiri. Jadi, sebagai seorang insan yang masing2 punyai kekurangan, kita perlu menerima semua dengan seadanya..jangan terlalu membenci kerana ALLAH akan menentukan sesuatu ujian kepada kita dan akan melibatkan orang yang kita benci juga~~



2 comments:

  1. amboii hensemnye mamat myanmar tu :)

    ReplyDelete
  2. memang hensem pun, adik..XD
    tapi akak tetap tak suke..haha!!

    ReplyDelete