Friday, 9 March 2012

LANGKAH2 MELUKIS FIGURA MANUSIA

urrmmm...sejak akhir2 ni terlalu ramai mahu saya ajar mereka melukis figura manusia dan haiwan..haha!! saya ni tak berapa reti nak ajar orang, jadi saya sediakan langkah demi langkah camne nak melukis dengan mudah...hope korang faham2 ar apa yg saya sediakan ni...saya hanya mampu mengajar korang camni..semoga bermanfaat...(^_^)V


1- sebelum melukis, pastikan korang dah set nak melukis figura dengan gaya apa. bila dah dapat bayangkan, lakar figura dalam bentuk geometri (bulat, segi empat, bujur). sebaik-baiknya lakar dengan menggunakan pensel HB kerana mudah untuk memadam jika tersalah melakar.



2- bentuk badan figura lelaki biasanya lebih lebar dan panjang daripada bentuk figura perempuan. dan kakli figura perempuan lebih panjang daripada kaki figura lelaki.jangan tanya kenapa..saya sendiri pun x tahu..haha!! digalakkan melukis 'orang mancis' sebelum melakar bentuk badannya.




3- then, buat lakaran kasar, iaitu melukis bentuk2 seperti muka, baju, tangan dan kaki. seelok-eloknya lakar dengan pensel HB juga kerana bila nak padam, ia tak menjejaskan lukisan.






4- tajamkan pensel dan lukis bahagian yang memerlukan garisan halus serta berulang-ulang seperti rambut, corak baju serta lipatan skirt yang telah saya bulatkan di atas.




5- yeahh!! sekarang barulah start melukis dengan menggunakan pen!! yuhuu..lukis figura mengikut lakaran yang korang buat tadi. saya galakkan menggunakan pen dakwat basah bermata bola 0.7 atau pen artline..x kisah pen apa asalkan ia tebal.




6- untuk melukis corak baju dan rambut, pen bermata bola 0.5 perlu digunakan agar ia nampak lembut dan sejajar. tidak digalakkan menggunakan 0.7 kerana khuatir gambar kelihatan agak 'berat'..




7- (lihat garisan yang dibulatkan) bahagian lipatan, hujung dan tengah garisan dibuat kasar manakala yang lain digaris halus. gaya lukisan ini mampu menonjolkan watak..urmm..ni memang susah untuk saya ajar..ia memerlukan kreativiti tersendiri untuk mengagak yang mana perlu ditebalkan garisannya. cara yang paling efektif ialah dengan menjadikan setiap lukisan komik sebagai contoh.





8- padamkan garisan lakaran dengan bersih. korang bolehlah ta,bah apa2 pada lukisan seperti mewarnakannya atau membuat signature di bahagian tepi lukisan. yup..tanda tangan adalah elemen harus buat pelukis2...^^



kalau saya cakap ni, mesti korang gelak...sebenarnya, saya mengasah lagi bakat melukis ni dengan merujuk kepada buku2..kalau korang ada buku rujukan Pendidikan Seni Visual tingkatan 1,2,3,4,5 harap JANGAN BUANG kerana buku2 ue boleh jadi 'guru' korang..trust me! selain tu, korang bolehlah merujuk mana2 komik daripada komikus tempatan..


COMIC CLASSROOM ada 3-4 siri dan ia adalah panduan buat mereka yang mahu melukis komik. bagi saya, agak WAJIB dimiliki oleh mereka yang conta akan lukisan..hehe...

**sebenarnya, setiap manusia memiliki bakat. namun, jika kita tidak mengasah bakat yang ada, sampai bila-bila bakat itu akan disia-siakan. paterikan usaha supaya bakat yang ada dapat menghasilkan kejayaan..^^






9 comments:

  1. tq kwn..
    dlu kn dayah,ak siap beli lagi buku lukisan mangga..care2 nk lukis la,die ajo sebijik cm yg ko buat ni..
    tp ak still x reti lukis gak :'(
    HAHAHA..sedeh je~
    ko mmg berbakat la ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo ko nk tw, sumer org boleh mlukis, cume sumer xsdr jew..ko nk aq ajarkn face to face x? aq on jew...baskin robbin yew..XXD

      Delete
    2. ye la mungkin sume org boleh melukis,.
      tp ak bukan salah sorang nye :'(
      ALLAH hai,,nak baskin robin ko ni,abes lingkup ak cegini..HAHAHA

      Delete
    3. hhohoho..aq mmg nk merabakkn beg dompet ko..ahax!!!
      alaa...boleh jew yg pnting ad minat..X)

      Delete
  2. Replies
    1. amboi mahathir cute..XXD
      welcome~~

      Delete
  3. nice... saya pun suka melukis...
    saya fail gila kalu melukis pompuan... lagi2 tang rambut... huhuhuhu...

    liks ur drawing.... jeles tgk rambut aweks tu.... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha!! terima kasih uncle jonni!! saya pon lemah gak bab rambut ni..xp2 harap kita same2 dapat lukis..^^

      gaya blog uncle santai ar...suke btol!!
      simple jew lukisan..bezt2..X)

      Delete