Saturday, 4 February 2012

CeKaLNYa SeoRaNG GuRu

pada tahun 2009, saya berkenalan dengan seorang lelaki tingkatan 4 yang berada di perak. kami saling bersembang tentang komik (kami sama-sama minat komik). suatu hari, dia menceritakan kepada saya berkenaan salah seorang gurunya. setelah mendengar kisah ini, saya betul-betul tersentuh. betapa cekalnya guru itu. begini kisahnya...

sekolah saya telah menerima seorang guru lelaki berumur dalam lingkungan 40-an dan berbangsa cina, cikgu lee (bukan nama sebenar). cikgu mengajar saya subjek sains dalam aliran sastera. cikgu lee tidak seperti cikgu-cikgu lain. bajunya lusuh dan sedikit bercapuk. rambutnya kadang-kadang tidak disisir rapi dan kasutnya kadangkala dilekati lumpur. meskipun penampilannya tidaklah begitu kemas, tetapi cara pembelajarannya memang patut dipuji.

cikgu lee tidak jemu-jemu  menerangkan bab yang tidak difahami oleh pelajar-pelajarnya. namun begitu, ramai pelajar tidak menyukai cikgu kerana ada desas-desus mengatakan bahawa cikgu lee suka menyelongkar sampah. oleh kerana tidak tahan mendengar tohmahan kawan-kawan dan senior tingkatan 5, saya sendiri bertanya kepada cikgu lee adakah benar dia menyelongkar sampah seperti orang tidak siuman. namun, soalan saya tidak dijawab. cikgu lee sekadar tersenyum dan menepuk bahu saya.

dari hari ke hari, topik cikgu lee menyelongkar sampah mula tersebar luas. ramai pelajar junior bertindak menutup pintu kelas kerana tidak mahu cikgu lee memasuki kelas mereka. walaupun topik telah tersebar luas, saya masih tidak percaya dan bertekad untuk menyiasat senebenarnya,diri. dalam diam-diam, saya mengekori cikgu lee usai tamat persekolahan. mujur saya sudah memiliki motor, jadi senang untuk menjejaki cikgu lee.

dari jauh, saya memerhati cikgu lee. cikgu memberhentikan skuternya di tepi jalan. dia menyeluk saku dan mengeluarkan plastik hitam. dia menuju ke arah tempat perlupusan sampah. tergamam. hanya itu yang mampu saya kata. benar kata senior, cikgu lee memang menyelongkar sampah!

esoknya, saya cuba bertanya kepada cikgu lee. senyumannya menggambarkan ada sebuah rahsia yang dia cuba pendamkan. setelah hampir 20 minit saya memujuk, akhirnya cikgu lee menceritakan segalanya..

"sebenarnya, menjadi guru adalah cita-cita saya sedari kecil. tapi, keluarga melarang. mereka mahu saya menjadi seorang doktor. saya berdegil dan melanjutkan pelajaran ke UPSI. setelah tamat belajar, saya mendapat tawaran dari sekolah ini. tanpa berfikir panjang, saya menerima tawaran itu. namun, keluarga saya memberi syarat. jika saya terus menjadi guru, mereka akan menghalau saya dan merampas segala gaji saya. sehingga kini saya masih belum merasa gaji guru saya. sebab itu saya mengutip tin dan botol. saya tiada wang"

saya tersentuh mendengar penjelasan cikgu lee. tak sangka, dia sanggup berkorban demi mengejar cita-citanya. tanpa berfikir panjang, saya memeluk cikgu lee dan berkata:

"cikgu..terima kasih kerana sudi menjadi guru kami"

isu cikgu lee masih belum berakhir..tetapi saya yakin tohmahan daripada pelajar-pelajar lain telah membuatkan dia lebih berusaha untuk mendidik anak bangsa...


saya mengalirkan air mata tatkala Tan (bukan nama sebenar) menceritakan kisah ini melalui chat facebook. katanya, dia akan tetap mengagumi cikgu lee sehingga ke hayatnya. saya tidak tahu apa perkembangan cikgu itu sekarang kerana Tan sudah lama deactivate facebooknya. namun, saya dapat merasakan bahawa kecekalan cikgu lee patut dicontohi..
:)



No comments:

Post a Comment