Friday, 24 February 2012

NaSiHaT HM TuaH

semalam, saya baru lepas baca buku motivasi hasil karya HM Tuah Iskandar. bukunya bertajuk JOM MENGETOP. dalam buku ni ada banyak bab, tapi saya agak tertarik dengan satu bab ni. jadi, saya nak kongsi untuk korang baca. selamat membaca! (^_^)

**saya menaip sama semerti dalam buku ni..


erkk..sorry..gambar buku separuh je..haha!!

JANGAN MENGGATAL SANGAT


pernah tak tengok seseorang dan kita rasa senang sangat tengok dia? kita rasa macam dia tu perfect, dia segalanya dan orang tu pulak berlainan jantina dengan kita.

kalau pernah, itu antara tanda-tanda anda jatuh cinta. ha, layan. jangan layan kalau anda dah ada kekasih, ada suami atau ada isteri. susah nanti. dah ada kekasih masih nak menggatal pulak. bang, ingat-ingat sikit isteri kat rumah tu. kak, anda pun ingat-ingat suami dan anak yang dah berderet tu.

ramai orang berkalih tau. ramai orang terkalih oleh rasa yang tiba-tiba timbul semula dalam jiwa dia. kalau orang bujang, kali pertama biasalah. tapi kalau dah tua datang lagi rasa macam tu, hentikanlah. jangan dilayan, tapi tolong lawan. anda layan, anda akan kecundang. sendiri cari susah, sendiri cari penyakit.

ingat senang ke nak jadi buaya ni? susah. ramai orang hilang merdeka sebab bertindak buaya sedangkan dah ada tanggungan.

cinta ni boleh aje asalkan tak membuatkan anda berbuat salah. faham betul-betul apa abang cakap ni. ulang sekali lagi. cinta ni boleh aje asal tak membuatkan anda berbuat salah. maknanya, cinta tu tak salah. yang salah, perlakuan salah semasa bercinta tu. faham?

cinta itu suci tapi yang mengotorkannya orang macam awaklah bang, yang dah ada anak sepuluh, isteri pun dah empat dah tapi masih nak merenyam. samalah juga kak, suami seorang pun tak terjaga, tapi asyik bagi peluang orang jatuh cinta pada anda. bahaya hidup macam tu.

jomlah cemerlangkan hidup dengan menjadikan cinta sebagai laluan untuk menikmati bahagia. kan cinta untuk dinikmati bukan ditangisi. mereka yang menangis kerana cinta, kesian, sebab mereka tak faham lagi cinta..


No comments:

Post a Comment