Saturday, 4 February 2012

KiSaH TaKBuR Si iBu


ini kisah benar. harap ambillah pengajaran di sebalik kisah ini..

si Ibu A dan Ibu B tinggal di perkampungan. anak Ibu A, XX bersekolah di SMK Lalala. anak Ibu B pula ialah XY dan bersekolah di SMK Hahaha iaitu sekolah bandar yang paling cemerlang. mereka berempat hidup berjiran sudah hampir 12 tahun.

Ibu A terlalu mengagung-agungkan XX. dia selalu menjaja cerita bahawa XX menang pertandingan itu, pertandingan ini, menyertai itu, menyertai ini, mendapat sumbangan itu, mendapat sumbangan ini..hisyy! banyaklah yang dia cerita tentang kejayaan XX. pernah sekali Ibu A membawa piala kemenangan XX dan menunjuk-nunjuk kepada Ibu B.

XY rasa tercabar melihat Ibu A menunjukkan kejayaan XX. dia mula berasa ingin melakukan sesuatu agar ibunya juga berbangga dengan dirinya seperti Ibu A bangga terhadap XX. jadi, XY pun menang pertandingan itu, pertandingan ini, menyertai itu, menyertai ini, mendapat sumbangan itu, mendapat sumbangan ini. XY menyerahkan segala pingat dan piala kemenangannya kepada Ibu B dan berkata:

"ibu, tunjukkanlah pada Makcik A tu yang along menang pertandingan ni".

Ibu B sekadar tersenyum. dia menolak huluran XY.

"kenapa, ibu?"
"kejayaan XY biarlah ibu sahaja yang tahu"
"mana boleh, ibu..Makcik A tu asyik menunjuk-nunjuk saja. ibu pun kenalah tunjukkan kejayaan along juga."
"biarlah Makcik A dengan caranya sendiri. ibu tak mahu jadi takbur, sayang.."

XY terdiam dan mula tersenyum. ternyata Ibu B tidak mahu menceritakan kejayaannya kepada semua orang kerana takut akan menjadi takbur. tidak lama kemudian, riuh satu kampung yang XX telah ditangkap polis akibat mengedar dadah


MORALNYA: tidak salah jika memuji anak, tetapi janganlah melebih-lebih seolah-olah sangat riak. sesungguhnya riak dan takbur adalah sifat yang paling bodoh. setiap insan yang takbur akan ditarik nikmat dunianya oleh ilahi..sesungguhnya ALLAH maha adil.. :)

No comments:

Post a Comment