Saturday, 4 February 2012

Izwan Pilus...JaNGaN PeRGi!!





           Dulu, saya memang gemar menonton Pertandingan Bintang RTM  kerana kebanyakan pesertanya mempunyai bakat yang tinggi..tidak seperti program TV yang lain. Dalam ramai-ramai peserta Bintang RTM, saya agak mengagumi Izwan Pilus. Hehe..sebab rambut dia cool! Memang tak pandang suara dah..XXP
            Apa yang mengecewakan, akhbar-akhbar tidak pernah menyiarkan berita-berita mengenai Izwan Pilus. Hanya satu akhbar sahaja. Dalam hati ada juga berhasrat untuk mengumpul berita dan gambar beliau..tapi..hmmm..tak tahulah. Barangkali akhbar-akhbar hanya menyiarkan artis-artis popular sahaja. Saya hanya dapat melihat Izwan Pilus tatkala beliau menjadi pengacara di mana-mana program.
            Hari demi hari, saya mula sibuk dengan menelaah pelajaran kerana peperangan PMR akan berlangsung. Sejak itu, saya jarang menonton TV. Tamat saja PMR, saya betul-betul terlupa akan Izwan Pilus. Sebaliknya, saya mula meminati artis-artis Korea. Hehehe…
            Pejam, celik, pejam, celik…tak sangka saya sudah menempuhi SPM!! Tak tahulah keputusannya macam mana nanti..XXD. apabila menjadi penganggur terhormat, barulah saya menonton TV sepuas-puas hati..yeahoo!! Saya alih ke TV1. Agak terkejut apabila melihat Izwan Pilus sedang mengacara program masakan (tak ingat program dan hari apa). Saya tersenyum melihat perubahannya; rambut hitam, sedikit tembam dan sasa.
            Saya kegum melihat Izwan Pilus. Bermula dari beliau mencedok kuah, menari-narikan jari ke nasi dan seterusnya menyuapkan makanan ke mulut…segala-galanya sangat tertib! Antara beliau dengan mana-mana pengacara program masakan, Izwan Pilus lebih sopan dan tidak gelojoh (macam pengacara TV lain).
            Kalau sebelum ini saya minat Izwan Pilus kerana luaran, kini saya ingi mengenali beliau dari sifat dalamannya. Semenjak menonton beliau mengacara program masakan itu, saya sangat yakin bahawa he’s a perfect Malay man! XP
            Hari Rabu (18/1/2012), saya dikejutkan dengan mimpi aneh. Esoknya pula, hati saya menjadi tidak keruan. Kenapa agaknya ya? Perasaan saya tiba-tiba bergelumang dengan rasa sedih. Cepat-cepat saya berdoa agar keresahan saya tidak ada kena-mengena dengan seseorang…
            Hari Jumaat (20/1/2012), saya mengambil ujian undang-undang jalan raya di pusat perlesenan bahagian Muar. Sepanjang menjawab soalan, hati saya berdebar-debar seolah-olah ada Sesutu yang tidak kena. Sebelum azan maghrib berkumandang, Yana mesej saya yang Izwan Pilus telah meninggal dunia pada 6.14 petang tadi. Saya terdiam dan tergelak kerana menyangka Yana sekadar bergurau. Tetapi, ketawa saya diiringi deraian air mata. Adakah Izwan Pilus benar-benar meninggal dunia?
            Esiknya, saya mencari surat khabar. Benar..benar kata Yana. Izwan dah meninggal dunia. Hendak menangis, air mata tidak keluar. Semenjak Izwan Pilus menonggal, hampir dua hari akhbar-akhbar menyiarkan gambar Izwan Pilus. Kecewa..kenapa baru sekarang hendak menyiarkan gambar beliau?!
            Izwan Pilus…aku bagaikan naik gila apabila mendengar Yana cakap kau sudah tiada. Aku berusaha berdoa pada ALLAH, berharap agar kau jangan pegi sebelum aku mengenali diri kau. Tapi…aku baru sedar. ALLAH lebih menyayangi kau. Aku redha..al-fatihah…

“setiap manusia memang begitu. Ketika seseorang masih hidup, mereka mengendahkannya. Apabila orang itu pergi tidak kembali, barulah terhegeh-hegeh hendak menulis hati dan perasaannya”

“hargailah mereka sementara mereka masih bernafas di muka bumi ini”

1 comment:

  1. Rindu izwan pilus.. ternampak blog nih berkisar pasal izwan pilus.. minat sgt dgn dia dri dlu lagi, lagunya masih didengar berulang2 lali kdg2 air mata mengalir tanpa sedar. Ketika dia masih hidup x bnyk sgt media nak ambil tau ceritanya, mengendahkannya.. tpi bila dia tiada media sibuk mengambil tau kisahnya.. amat menyedihkan.. dia sgt berbakat tpi ALLAH lebih syg kan nya.. moga dia tenang disana... rindu sgt kat izwan pilus.

    ReplyDelete