Sunday, 5 February 2012

Di SeBaLiK 4A 1B..



tengah sibuk2 menyelongkar bilik nak cari sijil2 lama, saya menjumpai semula slip keputusan UPSR 2006. dah kuning kertasnya, memalukan betul. dah la perempuan, slip result dengan sijil pun tak reti nak jaga..haha!! saya menepuk2 slip UPSR yg diselaputi sarang labah2 lalu mengamati tulisan bertaip itu. 4A1B..not bad. bila ditenung2 slip UPSR, saya tersenyum teringat kisah2 silam ketika menjadi murid di sk bakri batu 5 (SKBBL).

sepanjang 6 tahun tu, yg paling saya ingat ialah ketika saya darjah 3. darjah 3 adalah tahun kejatuhan empayar saya sebagai seorang murid. time tu, saya cukup dikenali dengan "murid tak reti buat homework"..haha!! thats why selalu kena denda, buku latihan kena campak ke longkang...mcm2 la. mrkh ujian...jgn tanya la. memang 'BAGUS' sampaikan matematik dapat 18% (ingat lagi muka cikgu bila umumkan markah saya).

darjah 4 pula adalah tahun cemuhan saya. markah ujian taklah seteruk dulu. atas sokongan cikgu zatuliffah, sedikit sebanyak semangat saya nak dapat sekurang2nya 1 A mula melonjak. tapi usaha saya pernah dijadikan bahan ketawa kawan2. yang paling menyakitkan hati, cikgu BM saya (tak nak beritahu nama dia) menceritakan dengan lebih lanjut isi karangan saya. malu...hanya ALLAH saja tahu malu saya pada tahap mana. sejak saya ditertawakan kawan2, saya mogok pada cikgu tu...mogok dgn cara tak nak belajar..haha!

darjah 5..hhmmm..tahun kenakalan saya..haha!! time ni saya seperti vendalisme terhormat. meja dan dinding memang jadi 'medan conteng' saya. urmm...saya x ingat sangat masa darjah 5 ni sebab time ni saya naaakkkaaaaalllllll sangat..XXP

darjah 6 adalah tahun kebangkitan saya sebagai seorang murid. satu demi satu saya mula menyedari betapa besarnya pengorbanan cikgu2 saya. saya ingat lagi sewaktu pergi tuisyen malam di SKBBL..cikgu firdaus (cikgu matematik) pernah menceritakan kepada kami bahawa dia pernah menghidap sejenis penyakit. saya rasa betul2 tersentuh dan berhasrat untuk buat cikgu gembira dengan markah2 saya. cikgu nurul fitri pun banyak membantu saya dalam menguasai tatabahasa BM. cikgu kamilah, walaupun garang tp kegarangannya membuatkan saya mula meminati BI. cikgu zatuliffah tak pernah mengeluh bila saya banyak tanya soalan pada dia..haha!! ketika ini, saya amat2 beruntung kerana dikurniakan semua guru yg baik... thank you, ALLAH!!

ketika menempuhi peperiksaan UPSR, saya agak mudah menjawab soalan2. barangkali berkat doa daripada mak, ayah dan cikgu2. hari demi hari, hati saya mempersoalkan sesuatu...berjayakah saya?

awal bulan november 2006, pengumuman result UPSR berlangsung. saya memasang target untuk mendapat 3A2B sebab memang setakat itu saja yang saya mampu dapat. tanpa disangka, nama saya disebut dalam kategori murid mendapat 4A1B. time tu, semua orang memang tercengang tak percaya. barangkali terkejut camne murid lembab macam saya boleh mendapat keputusan itu..haha!!

cikgu zatuliffah dan cikgu adliah tak putus2 senyum dan sebut nama saya berulang2 kali untuk naik ke pentas mengambil result. saya masih tergamam dan hampir2 pengasan time tu..haha!! happy sangat! tapi kegembiraan saya bertukar kepada sedih apabila geng2 saya menangis...

"dayah..mesti kita berpisah lps ni, kan? aku harap kau tak lupakan aku nanti"..haha!! erna, kau ingat tak siapa yang cakap camni dulu? XXD

walaupun saya dahpun menjadi pelajar SMK(P)SAB muar, tapi setiap hari saya akan melalui SKBBL. hmmm...bila agaknya nak berjumpa dengan cikgu2 ya? harap2 ALLAH menemukan saya, kawan2 dan cikgu2 semula... :)

"jangan memandang rendah terhadap orang yang lemah daripada kita. sebaliknya sokonglah mereka supaya berusaha mengecapi kejayaan. ingat...kejayaan bukan milik kita seorang..tetapi milik kita bersama..."


cikgu GPK HEM, cikgu rohani..



saya pakai tudung ungu..haha!!

o,o'' bila masa pula amek gambar hajar ni..X)

before result UPSR...

urmm..sape ni ek?

name tag salah eja nama tapi sampai sekarang tak betulkan balik..haha!!




No comments:

Post a Comment