Tuesday, 24 January 2012

tangisan sepi..


sejak dia masuk ke sekolah tu, aku rasa dia seorang yang amat jahat! tngok muka pun dah tahu. kadang-kadang aku meluat tngok dia. dia suka buat lawak yang aku sedikitpun tak pernah gelak. yang gelak cuma kawan-kawan aku saja. aku bingung, kenapalah dia jadi perhatian di sekolah itu. apakah keistimewaan dia? barangkali dia seorang happy go lucky, jadi dia senang untuk didekati. aku sebenarnya cemburu. aku teringin nak jadi seperti dia. jadi perhatian orang ramai..tapi aku tahu, pelajar bodoh macam aku memang mustahil untuk diberi perhatian.

sehinggalah suatu hari, aku nampak dia seperti dalam kesedihan. apabila aku tanya kenapa dia nampak muram, dia pura-pura senyum dan berkata "eh, takde ape2 la". aku tahu dia sengaja sembunyikan masalah dia. apabila aku menceritakan perihal dia berwajah muram kepada kawan-kawan aku, semua tak percaya. mereka ingat aku ni salah orang.

sungguh! cara dia berahsia dengan masalah dia membuatkan aku betul-betul tertarik. dia berusaha meyakinkan orang lain bahawa dia tiada apa-apa. aku dapat rasa dia seorang yang tabah walaupun kadang-kadang dia kelihatan benar-benar sedih..jadi aku cuba-cuba berbual dengan dia. selama itulah aku dan dia ibarat kawan rapat.

entah macam mana terjadi, aku mula rasa suka kepada dia. tapi aku tahu, dia sudahpun berpunya. apa patut aku buat? teruskan rasa cinta aku pada dia atau....lupakan saja dia itu? aku keliru..jika aku teruskan, sudah pasti aku menjadi parasit dalam kebahagiaan dia. jika aku lupakan, sudah pasti aku akan merana. YA ALLAH, tolonglah aku..

di atas tikar sembahyang, aku mendapat petunjuk Ilahi..aku patut lupakan kenangan bersama dia dan mulakan hidup baru. walaupun aku rasa betul-betul sunyi kerana berjauhan dengan dia, tetapi aku yakin, cara aku ini adalah demi kebahagiaan dia, dan si jantung hatinya..saya sanggup terluka..saya sanggup berkorban..^^...biarlah saya menangis dalam sepi asalkan dia bahagia hingga ke akhirat..

awak..selamat berbahagia..
:')

No comments:

Post a Comment