Tuesday, 24 January 2012

SaYa & KaKaK

ramai yang menganggap anak bongsu ni sering dibuli oleh kakak dan abang..ramai juga yang setuju dengan ungkapan ni. betul ke? hmm...bagi saya, memang tak dinafikan lagi! bila dah pangkat 'adik bongsu' ni memang selalu jadi mangsa buli kakak2 atau abang2. saya setuju 100% sebab saya la salah seorang antara mangsa2 tu..haha!!

masa kecik2 dulu (dalam 5-6 tahun), saya selalu dibuli oleh kakak2 (sebab saya kacau diorang..haha!!)..tapi tak la sampai jadi kes mendera..hehe. dengan akal yang tak matang lagi, saya selalu berdoa moga2 kakak2 saya keluar dari rumah ni secepat mungkin..senang hidupp!!! tak payah kena buli lagi!! mesti hidup bahagia bila takde kakak, kan? hari2 jugak la saya berdoa kepada ALLAH..sudah terang lagi bersuluh, dah sah2 la ALLAH takkan makbulkan doa yang buruk2, kan? masa tu memang hampa betul kerana doa saya x ditrima..
(Y_Y)

detik demi detik..hari demi hari..bulan demi bulan..tahun demi tahun..akhirnya doa saya dimakbulkan. kak adda tinggal kat KL sebab dah ada family sendiri. kak fara pulak dah kerja sebagai nurse kat Pusat Perubatan Universiti Malaya. kak siti dah sambung belajar kat UiTM Shah Alam. kak tika pun sambung belajar juga tapi kat Politeknik Merlimau. dalam rumah tu tinggal saya, kak nurul, mak dan ayah saja. kak nurul bekerja jugak tapi kadang2 tu kitorang x berborak sebab kak nurul kadang2 balik lewat sebab banyak kerja..wahh...semua kakak2 saya dah takde kat rumah ni..perghh!!! happy giler!!!!! dunia saya bebas! dah takde buli2 lagi..yahoo!!!! 
(^o^)

bila kakak2 saya dah takde kat rumah ni, saya bebas buat benda2 yg saya suka. baca novel...lukis komik...macam2 la. seronok giler..macam baru dilahirkan semula aje rasenya..haha!!
XD

detik demi detik..hari demi hari..bulan demi bulan..tahun demi tahun..entah kenapa saya rasa seperti ada kekosongan. hmm...apa ya? lupa nak tutup air ke? bukan...hhmmm...kenapa ek? bila saya buat perkara2 yang saya suke, entah kenapa rasa macam serba x kena saja. isyy...apasal dengan aku ni?
:-/

barulah saya sedar..rupa2nya saya rindu kat kakak2 saya. haha!! rasa malu pulak bila nak mengaku pasal ni, tapi perasaan rindu tu memang dah muncul dah. setiap kali musim perayaan atau hari cuti, kakak2 saya akan pulang ke rumah. bila semua dah berkumpul, suasana rumah kembali riuh macam dulu. saya rasa seronok mendengar perbualan diorang. seronok dengar kak adda cerita pasal syafi yang dah masuk tadika. seronok dengar kak fara cerita tentang pesakit2 dia. seronok dengar kak siti cerita pasal letcurer dia. seronok dengar kak tika membebel sebab assigment dia banyak..memang seronok!! lagi seronok bila ada di antara diorang belanja kfc, pizza dan mcdonald....sslllppprrpppp!!!!!! seronok giler!!
(^_^)

bila musim cuti dah berakhir, seorang demi seorang pulang ke tempat masing2. hhmmm....rumah dah kembali sunyi sepi...saya dah x tahu nak buat apa melainkan termenung....termenung....termenung. kini, doa saya berubah..saya berdoa moga2 kakak2 saya balik ke rumah lagi..i miss you, sisters!!!!
(*,-)


"hubungan adik-beradik lebih erat berbanding hubungan persahabatan. sebab itulah kita akan terasa kehilangan jika ada di antara keluarga kita berjauhan..<3"
kak adda & me~~(^_^)





Kak Adda's family






kak nurul~~(^_^)






kak nurul & kak siti~~(^_^)






kak tika & kak siti~~(^_^)










































No comments:

Post a Comment