Wednesday, 25 January 2012

FoR YoU

kau ingat lagi tak...
mase kecik2 dulu, aku selalu pukul kau..kadang2 aku belasah kau sampai berdarah-darah kepala..
tapi kau tak pernah balas balik kat aku...
kau cuma tengking aku..tapi tak pernah belasah aku...
kenapa ya?

setiap kali aku dibuli...
kau selalu datang untuk lindungi aku...
kau ingat tak, mase tadika dulu, aku kena buli dengan sorang budak gemuk..
habis badan aku dihempapnya. naik semput..haha..
aku tak pernah beritahu mak. takut nanti mak marah2..
pada masa tu la kau datang dan selamatkan aku..
bila si gemuk tu dah lari, aku menangis teresak-esak..
dan nyorok kat belakang kau sebab aku takut sangat..
tapi kau tinggalkan aku sebab aku menangis kuat gila sampai kau naik penat memujuk..
kau biarkan aku jalan balik ke rumah seorang diri..kejam betul kau..
tapi leas tu kau datang semula kat aku..
dan bawak gula2..
kau beri aku sambil tersenyum bila aku berhenti menangis...

sejak itu aku mula rapat dengan kau..
sejak itu jugak la aku tak pukul kau lagi..
aku selalu berkepit dengan kau sebab kau dah macam perisai aku...
si gemuk tu pun dah gerun nak buli aku..
tapi kau maki2 aku sebab rimas tengok aku...
aku merajuk sampai memberontak..
buku2 sekolah kau aku koyakkan..
tak cukup dengan tu, aku buang semua komik kau...
tapi kau langsung tak pukul aku...
kau cuma marah2 aje..
dan kemudian kau pujuk aku supaya kita berkawan semula...

10 tahun kita tak jumpa..
kau masih tak berubah..
dan aku masih pukul kau macam dulu2...
tapi kau langsung tak balas pukulan aku..
kenapa ya?

entah kenapa aku mula suka kau..
aku suka dengan sifat kebapaan kau..
bila kau layan budak 5 tahun dengan penuh kasih sayang..
kau jugak berusaha mencari duit sendiri untuk membayar kos perubatan kau..
aku terkejut bila kau cakap kau ada penyakit..
entah kenapa air mata aku mengalir tak henti..
aku tak nak kau 'pergi' meninggalkan aku...
sebab tu aku pun berusaha mencari duit...
aku nak kau sembuh seperti dulu..
tapi aku sendiri tak mampu sebab aku pun memerlukan duit untuk masuk universiti nanti..
aku cari duit tanpa pengetahuan kau..
bila kau tahu, kau terus marah2 aku..
dan terus pergi menghilangkan diri tanpa berita..

kau kat mana sekarang?
kau selalu online kat facebook..
tanya khabar aku, tanya khabar ibu kau..
tapi kenapa kau tak nak balik ke sini? 
kau sekadar ketawa dan berkata:
"biarlah masalah ni, aku sendiri yg tanggung"
kenapa kau terlalu memendam masalah?

aku harap kau kembali...(Y_Y)

No comments:

Post a Comment